Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ibu kpd isteri (suami); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ibu kpd isteri atau suami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih keliru dgn menggunakan frasa ibu mentua atau ibu mertua. Kedua2nya ada dlm kamus. Jd yg manakah frasa yg tepat?Ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. Hanya ibu mentua sahaja yang diberikan takrifan dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar.Ejaan01.01.2015
Hidayahtul Najiihah Jul 11th, 10:24am Salam. Boleh saya tanya ? Antara ibu mentua dan ibu mertua yang mana satu betul?Mengikut buku Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri.Ejaan11.07.2014
frasa berbelah bagi betul atau berbelah bahagia betul? atau kedua-duanya betul? ibu mentua betul atau ibu mertua?Ejaan yang betul ialah "berbelah bagi" atau "berbelah bahagi". Ejaan "berbelah bahagia" adalah salah. Manakala ejaan yang betul bagi "mentua" ialah "ibu mentua".Istilah30.09.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "Berkongsi besan" ?Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat amksdu besan ialah 1. hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa sendiri; 2. ibu bapa kpd menantu. Jika merujuk kepada berkongsi besan ialah seseorang yang mempuanyai hubung kait dengan ibu bapa anda atau ibu bapa mentua anda.Makna30.05.2018
1. Adakah perkataan besan boleh digunakan untuk merujuk kepada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan daripada perspektif seorang datuk/nenek? contohnya dalam situasi di mana seorang datuk memperkenalkan ibu bapa kepada isteri cucunya. 2. Apakah istilah terjemahan bagi granddaughter/grandson-in-law? Menantu cucu?Maksud besan ialah hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua dengan ibu bapa sendiri. Terjemahan perkataan granddaughter-in-law ialah isteri cucu lelaki manakala terjemahan perkataan grandson-in-law ialah suami cucu perempuan.Makna25.12.2018

Kembali ke atas