Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri bapa yg bukan ibu yg sebenar; beributirikan mempunyai seseorang sbg ibu tiri: untunglah nasib anak-anak itu kalau dapat ~ orang yg bertimbang rasa dan penyayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas