Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibubapa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM, SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PERKATAAN IBUBAPA. PERKATAAN IBUBAPA PERLU DITULIS DEKAT ATAU DIJARAKKAN.Ejaan yang betul ialah ibu bapa (dieja sebagai dua perkataan).Ejaan19.04.2012
ibubapa/ibu bapaEjaan yang betul ialah ibu bapa.Ejaan11.07.2012
Penglibatan atau pelibatan? Yang Mana digunakan dalam kontek yang betul untuk penglibatan ibubapa atau pelibatan ibubapaMengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa25.07.2018
Bagaimana ejaan ibubapa dengan betul?Ejaan yang betul ialah "ibu bapa".Ejaan11.08.2014
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ?Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut.Tatabahasa14.07.2014
Apa ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan : ibubapa (satu dan ramai)Ejaan yang betul ialah ibu bapa, dieja sebagai dua perkataan.Istilah02.04.2010
soalan saya, bagi perkataan ibu dan bapa, apakah digunakan ibubapa ataupun ibu bapa? . juga imbuhan yang melibatkan di... bilakah perlu digunakan dekat dan digunakan jauh. contoh, di mana, dikalahkan...terima kasihEjaan yang betul ialah iu bapa. 'di' sebagai imbuhan perlu dijarakkan. Contohnya ialah 'dikalahkan'. 'di' yang menunjukkan arah, tempat, masa pula perlu dijarakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa21.09.2008
soalan saya, bagi perkataan ibu dan bapa, apakah digunakan ibubapa ataupun ibu bapa? terima kasihEjaan yang betul ialah ibu bapa.Ejaan21.09.2008
Hasliza Abdul Rahim Jul 9th, 9:45am Mana yg betul : ibubapa @ ibu bapa?Ejaan yang betul ialah ibu bapa kerana ia merupakan kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas, iaitu ibu dan bapa, maka hendaklah ditulis terpisah.Ejaan09.07.2015
mohon kepastian ejaan dan perbendaharaan kata: 1. apakah ejaan yang betul untuk ibubapa atau ibu bapa? 2. mana ejaan yang sesuai "dikalangan remaja" atau "dalam kalangan remaja"?. contoh ayat: masalah jenaya dikalangan remaja atau dalam kalangan remaja masa kini semakin membimbangkan. 3. adakah penggunaan perkataan "kebagusan" dalam ayat berikut sesuai?. semakin ramai guru maka semakin baik tahap kebagusan perhatian terhadap pembelajaran pelajar. mohon cadangkan ayat yang lebih baik. terima kasih untuk bantuan tuan.1. Ejaan yang betul ialah ibu bapa.
2. Frasa yang betul ialah dalam kalangan remaja.
3. Pada pandangan kami, perkataan kebagusan perlu digugurkan dalam ayat tersebut menjadi "semakin ramai guru maka semakin baik tahap perhatian terhadap pembelajaran pelajar".
Tatabahasa11.04.2014
12

Kembali ke atas