Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ice and


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam bahasa melayu untuk sesi ice breaking?Setakat ini tiada istilah dalam bahasa Melayu bagi kata "ice breaking".  Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice" membawa maksud "menghilangkan rasa kekok".  Padanan yang sesuai  dapat juga  diberikan mengikut konteks.  Misalnya, dalam konteks mesyuarat, sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf.Istilah25.09.2013
what is the translation for "ice-breaker" in the context of meeting for the first time and getting to know each other better.Padanan yang boleh diberi bagi "ice-breaker" dalam konteks ini ialah "sesi sumbang saran".Penyemakan dan penterjemahan25.10.2007
Apakah padanan yang sesuai bagi "water ice". Adakah terdapat padanan ini dalam bahasa Melayu?Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

water ice - ais air

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan "ice breaking"? Adakah "suai kenal" adalah terjemahan yang betul? Adakah terdapat terjemahan atau cadangan lain yang lebih tepat?Istilah suai kenal atau orientasi boleh digunakan sebagai padanan "ice breaking" bergantung pada konteks dan situasi.Istilah25.11.2009
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasihBerdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017
ice honey lemon tea dalam bahasa malaysia ialah teh madu limau ais, teh limau madu ais atau teh limau ais madu?
Padanan yang sesuai ialah teh limau madu ais.
Lain-lain02.11.2018
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih.1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair
2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair.
3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant.
Istilah25.10.2016
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tqa) Height measurement - pengukuran ketinggian
b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya.
c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul.
d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam.
e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran.
f) ice cube - ais/air batu 
Tatabahasa18.09.2015
1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking'1. Jawapan yang betul ialah B.
2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi.
Tatabahasa25.05.2010

Kembali ke atas