Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déa.lis] | ايدياليس

Definisi : (idéalis) 1. orang yg mempunyai pandangan (fikiran) atau cita-cita yg unggul-unggul atau tinggi-tinggi; 2. orang yg tidak realistik pandangannya dsb (dipengaruhi oleh idealisme). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.déa.lis] | ايدياليس

Definisi : /idéalis/orang yg mempunyai fikiran atau cita-cita yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idealis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih!

Golongan kata

1.  optimis - kata adjektif dan kata nama

  2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja

3. idealis - kata nama

Ayat

1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara.

2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia.

3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri.

4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan.

Tatabahasa07.03.2010

Kembali ke atas