Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. sameness, similarity, persamaan: there was no ~ of interest between management and employees, tdk ada persamaan kepentingan antara pihak pengurusan dan pihak pekerja; the startling ~ of the two paintings, persamaan yg menakjubkan antara dua lukisan itu; 2. (individuality) identiti; (who so. is) siapa: he doubted his own ~, dia meragui identitinya sendiri; the ~ of the hijacker has yet to be made nown, siapa perampas kapal terbang itu belum diberitahu lagi; proof of ~, bukti siapa diri sso; mistaken ~, salah orang; 3. (math, phys) identiti. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata identity


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERKECELARUAN JATI DIRI/IDENTITI DISOSIATIFIstilah07.04.2011
Mohon nasihat daripada DBP berkaitan istilah 'Online Identity' dalam bahasa Melayu. Manakah yang lebih tepat Identiti Dalam Talian ATAU Identiti Atas Talian? Terima kasih atas perhatian.Padanan bahasa Melayu bagi "online identity" ialah identiti dalam talian.Istilah10.08.2020
Apakah terjemahan yang sexual untuk "Funds of Knowledge" dan "Funds of Identity"? Kedua-dua istilah ini merupakan isltilah penyelidikan dalam bidang pendidikan. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi Funds of Knowledge ialah "pengetahuan dana" manakala Funds of Identity ialah "identiti dana".Makna19.02.2022
Saya ingin menyemak terjemahan perkataan self dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam bidang sosiologi, self-identity atau self-attachment. Saya menggunakan perkataan kendiri sekarang untuk tujuan penulisan akademik. Saya ingin mendapatkan nasihat dari pegawai DBP berkenaan hal ini.Berdasarkan rujukan kami, "self-identity" dipadankan sebagai pengenalan diri dan "self-attachment" sebagai pertautan diri. Penggunaan perkataan "diri" atau "kendiri" yang merujuk kepada perkataan sumber "self" bergantung kepada konteks penggunaan.Istilah14.11.2019
Apakah maksud kepercaman? Apakah kata dasarnya? Ia dipadankan dengan kata 'identity' dalam istilah Malaysia. Apakah konteks menggunakan istilah tersebut? Jika saya gantikan kata 'identiti' dalam ayat berikut dengan 'kepercaman' adakah ia betul? "Bahasa sebuah bangsa ialah (identiti) kebudayaannya.Kata dasar bagi perkataan kepercaman ialah cam yang menerima apitan peN...an. Istilah tersebut dibuat untuk membezakannya dengan perkataan kecaman. Istilah kepercaman digunakan untuk pelbagai bidang seperti Antropologi, Farmasi, Matematik, Pendidikan, Pentadbiran, Perpustakaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jika dilihat pada maksud, istilah kepercaman boleh digunakan tetapi dalam konteks ayat tersebut kami di DBP menggunakan perkataan yang lazim digunakan iaitu identiti.Istilah16.12.2018
Bahasa kebangsaan "mengesahkan" kedudukan kumpulan utama dan "memberikan" kesedaran tentang identity budaya pada peringkat kebangsaan. 1) mengesahkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif? 2) adakah memberikan merupakan kata kerja transitif aktif?Kedua-dua perkataan "mengesahkan" dan "memberikan" ialah kata kerja aktif transitif kerana mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Tatabahasa24.03.2012
Adakah frasa "belong to and identify with" dalam ayat "our "self-identity" that is related to the groups we belong to and identify with,..." sesuai diterjemahkan sebagai "(kumpulan-kumpulan yang kita) tergabung dan kenali"? Apakah padanan yang lebih sesuai bagi "belong to" dan "identify with" dalam konteks ini?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa belong to and identify with ialah rasa diterima dan mempunyai perkaitan dengan.Penyemakan dan penterjemahan18.02.2024
#3 Apakah maksud sesuai untuk perkataan cosplay dalam ayat ini. We've turned Southeast Asian identity into a kind of cosplay - Terima kasih.Sila huraikan makna cosplay untuk carian padanan perkataan dalam bahasa Melayu.Lain-lain11.08.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Apakah terjemahan kepada istilah 'catfishing' dalam konteks penipuan dalam talian? *Catfishing is when a scammer creates a fake account or identity to trick people into believing they are talking to a real person.Kami mencadangkan "catfishing" diterjemahkan sebagai "penipuan dalam talian" atau "penyamaran dalam talian". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2021
12

Kembali ke atas