bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; | Istilah | 01.04.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464 | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: 1. managerialist - tatacara pengurusan. 2. sanction - isbat. 3. burnout - tekanan luar biasa. 4. Deinstitutionalize - pembebasan. 5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki. 6. egalitarian - egalitarian. 7. niche - tujahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2015 |
Salam tuan/puan, Saya pernah mengajukan beberapa siri soalan tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat. Menurut tuan/puan baru-baru ini, Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?". Sebenarnya, saya pernah bertanya kepada PRPM juga tentang soalan yang hampir sama. Namun, jawapan yang diberikan berbeza pula. Menurut munsyi dalam soalan terdahulu, kata sendi nama 'di' dalam ayat seumpama itu tidak perlu diulang kerana penggunaannya yang pertama sudah menjelaskan maksud ayat. Jadi, ideologi munsyi yang manakah patut saya ikut? Atau sebenarnya ada formula khas lain? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ‘Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat, dan tidak boleh digugurkan dalam satu ayat yang sama. Hal ini kerana, ayat tersebut dipecahkan, akan menjadi dua ayat, iaitu: (i) Suresh mengulang kaji di rumah? dan (ii) Suresh mengulang kaji di sekolah? | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |
JELASKAN KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA | Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan. Sila rujuk buku/artikel yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti artikel yang berikut: Ideologi dan pembentukan negara-bangsa | Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif | Dewan Budaya | 1 August 1998 |
Ke arah pembentukan negara yang padu | Chow Chee Choy | Dewan Siswa | 1 December 1990 |
| Lain-lain | 15.04.2011 |