Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah itu 'kata kerja terbitan', apakah bezanya dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. sila beri contoh. zaman ini, sekolah rendah banyak menggunakan frasa sebegini dalam buku teks yang sangat mengelirukan saya. selain kata kerja yang saya sebut di atas, sila senaraikan juga golongan kata kerja lain jika ada. sekian, terima kasih.Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. .

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan , iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. 

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.
Tatabahasa03.03.2013
Mohon penjelasan tentang kata penguat Yang manakah jawapan yang tepat dan alasannya 1. Puan Rosmaizan __________ semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. A. gembira nian B. gembira benar C. amat gembira sangat D. paling gembira sekali 2. Puan Sarimah _________ anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. A. mengirimi B. mengirimkan 3. Bagaimanakah kaedah terbaik untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah tentang penggunaan me...i dan men...kan. 4. Bagaimanakah pula cara menerangkan cara mudah penggunaan kata penguat dalam sesuatu ayat iaitu kesalahan dalam menggunakan kata penguat dalam ayat1. Puan Rosmaizan gembira nian semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. 

2. Puan Sarimah mengirimi anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. 

3. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, seperti Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik; dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa., seperti Ayah menghadiahi adik sebuah basikal 

4. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa21.04.2015
assalamualaikum, saya ingin khidmat nasihat tuan kerana saya dalam rangka membuat kajian tindakan tentang penggunaan kata pemeri dalam kalangan murid tahun 4. apakah kaedah atau teknik yang sesuai untuk saya gunakan untuk keberkesanan kajian ini. sekian terima kasih atas komitmen tuan.Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.263)

Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa13.07.2014
saya ingin mengesahkan penggunaan kata pemeri - ialah dan adalah. Yang saya pelajara, ialah untuk kata nama. adalah untuk kata sendi dan adjektif. Walau bagaimanapun say terjumpa banyak kesilaan termasuk oleh pakar bahasa, penterjemah, dan pada laman sesawang penerbit buku terkenal. Adakah ada mazhab berbez atau mahab baru berkenaan kata pemeri. Saya jadi tidak tahu meadakah yang salah telah jadi betul sekarang/

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263)

Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa18.12.2017
Justeru, penduduk menggesa agar pemantauan berkala DILAKSANAKAN dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang membuang sampah secara haram. SOALAN : Adakah perkataan DILAKSANAKAN boleh dikategorikan sebagai Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap? Jika YA , mengapa? Jika TIDAK, mengapa? Terima kasih

Perkataan “dilaksanakan”  merupakan kata kerja transitif pasif dan bukannya kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

 

Perkataan “dilaksanakan” terhasil daripada kata kerja transitif aktif “melaksanakan”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:

(i)           Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1219

(ii)          Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 148

(iii)        Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Golongan Kata (DBP, 2015), halaman 32

Tatabahasa07.08.2025
Salam sejahtera tuan dan puan. Saya ingin bertanyakan beberapa jenis soalan tentang pola ayat. Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan kepada saya? 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. Pola Ayat: FN + FK atau FN + FS? 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. Pola Ayat: FN + FA atau FN + FK? 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. Pola Ayat: FN + FK? Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan tentang jawaban kepada saya? Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut.

 

1.      Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. (FN + FS)

 

       Abang saya berasal – FN

       dari Kuala Lumpur – FS

 

 

2.      Saya suka melukis gambar pemandangan. (FN + FK)

 

       Saya – FN

       suka melukis gambar pemandangan – FK

 

3.      Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. (FN + FS)

  

Cahaya – FN

        dari rumah itu hanya melalui lampu minyak – FS

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:

(i)    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 431 – 440

(ii)   Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Binaan Ayat (DBP, 2015)

(iii)  Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1 – 3 (DBP, 2016)

Tatabahasa12.06.2025

Kembali ke atas