| Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasih | Saudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 03.10.2009 |
| Salam sejahtera tuan dan puan. Saya ingin bertanyakan beberapa jenis soalan tentang pola ayat. Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan kepada saya? 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. Pola Ayat: FN + FK atau FN + FS? 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. Pola Ayat: FN + FA atau FN + FK? 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. Pola Ayat: FN + FK? Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan tentang jawaban kepada saya? Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut. | 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. (FN + FS) Abang saya berasal – FN dari Kuala Lumpur – FS 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. (FN + FK) Saya – FN suka melukis gambar pemandangan – FK 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. (FN + FS) Cahaya – FN dari rumah itu hanya melalui lampu minyak – FS Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut: (i) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 431 – 440 (ii) Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Binaan Ayat (DBP, 2015) (iii) Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1 – 3 (DBP, 2016) | Tatabahasa | 12.06.2025 |