Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam). | Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam. | Tatabahasa | 17.03.2019 |
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TK | Yang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar. | Tatabahasa | 08.03.2009 |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Mohon semakan yang mana satu betul; 1. Ijazah Doktor Kehormat; 2. Ijazah Kehormat Doktor; atau 3. Ijazah Kehormat Kedoktoran. Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Jawapan yang betul ialah Ijazah Kehormat Kedoktoran. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang kaedah yang tepat menulis imbuhan pra dan pasca. Pengguna Bahasa Malaysia menulis imbuhan ini sama ada dijarakkan, ada sempang atau didekatkan dengan perkataan yang hendak diimbuhkan. Mana satukah cara penulisan yang betul? i. praijazah dan pascaijazah ii. pra-ijazah dan pasca-ijazah iii. pra ijazah dan pasca ijazah Terima kasih. | Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti praijazah, pascaijazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Boston | Ayat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan. | Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh: ijazah kedoktoran. | Istilah | 19.06.2008 |
Mohon pengesahan yang mana satu betul: 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... atau 2. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang kepada... | Ayat atau istilah yang betul ialah 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... | Tatabahasa | 09.05.2015 |
saya bercadang utk menganjurkan majlis rasmi pada hari kursus kami menerima skrol ijazah sarjana muda pada bulan ogos ini. nama majlis yang dicadangkan ialah Majlis Graduan Fizik Kesihatan. apakah perbezaan penggunaan istilah siswazah dan juga graduan? terima kasih atas perhatian. | Graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. siswazah ialah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dll., orang lulusan universiti. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 483,1508. | Makna | 30.04.2008 |
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas? | Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |