Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam). | Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam. | Tatabahasa | 17.03.2019 |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Mohon semakan yang mana satu betul; 1. Ijazah Doktor Kehormat; 2. Ijazah Kehormat Doktor; atau 3. Ijazah Kehormat Kedoktoran. Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Jawapan yang betul ialah Ijazah Kehormat Kedoktoran. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tuan, Saya ingin mengetahui cara penulisan singkatan yang betul bagi : 1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian 2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara Dan Penyejukbekuan) Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan untuk merujuk nama kursus atau program yang ditawarkan di universiti.
| Lain-lain | 18.12.2023 |
Mohon pengesahan yang mana satu betul: 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... atau 2. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang kepada... | Ayat atau istilah yang betul ialah 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... | Tatabahasa | 09.05.2015 |
Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dan contoh penggunaannya : 1) Graduat 2) Graduan Kedua-duanya kerap digunakan, terutama di majlis konvokesyen. Terima kasih. | Encik Azahan, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat . Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang baku dalam majlis konvokesyen sepatutnya ialah graduan yang merujuk mahasiswa yang akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Kepada yang berkenaan, Tuan, Saya memiliki Ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Awam Di Jepun.Soalan saya, 1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan terjemahan untuk Ijazah dan Slip Pencapai Akademik saya? 2. Bolehkah sekiranya saya menterjemahkan sendiri dan mendapatkan cop pengiktirafan daripada jabatan tuan? 3. Sekiranya mustahil, bolehkah tuan lampirkan alamat dan cara untuk menghubungi jabatan yang berkenaan? Untuk pengetahuan tuan, saya sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan perkara diatas diperlukan oleh Jabatan tempat saya bekerja.Di harap tuan menitik beratkan perkara ini. Kerjasama Tuan Amatlah Dihargai. Sekian, Terima Kasih. | Untuk makluman saudara, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, tetapi saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2067076 (pn Saodah) atau 012-2811814 (pn Suzana). | Lain-lain | 06.02.2008 |
salam, saya ingin menerbitkan dua buah buku. 1) buku thesis ijazah saya 2) buku teknologi tenaga solar (bidang kepakaran saya) apakah laluan yang perlu saya ikuti sehimgga buku saya dapat diterbitkan. Terima kasih stevenson | Waalaikumussalam. Tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan melalui talian 0321479494 untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih. | Karya | 20.06.2017 |
Assalamualaikum. Yang manakah perkataan yang tepat? 1. Bergraduat atau Bergraduasi 2. Prajaya atau Pra Jaya | 1. 1. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat dan graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Perdana. 2. 2. Prajaya | Tatabahasa | 13.10.2021 |
Mohon bantuan 1. Anak .................. anugerah Allah. a).ialah b).adalah c).merupakan 2. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. a). di b).dari c). dalam 3. ............... abad ke-20 a). Di b). Pada c). Dalam 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. a). Betul b). Salah 5. Institut KITA ............. sebuah institut persendirian. a). ialah b). adalah c). merupakan 6. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... a). Betul b). Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 1. Anak ialah anugerah Allah 2. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 3. Pada abad ke-20 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 5. Institut KITA ialah/merupakan sebuah institut persendirian 6. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah | Tatabahasa | 29.10.2016 |