Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Boston | Ayat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas? | Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |
Saya pelajar peringkat ijazah sarjana di UKM dalam proses menyiapkan tesis saya. Persoalan saya berkaitan dengan pengistilahan yang saya gunakan untuk digunakan dalam penulisan malah dalam kertas kerja yang bakal saya bentangkan di persidangan mahupun yang diterbitkan di dalam jurnal. Saya juga ingin memetik (quote) penjelasan tentang istilah ini di dalam kajian saya, agar sekiranya terdapat rujukan yang akan datang boleh menggunakan istilah yang sama. Bahasa Inggeris /Bahasa Malaysia Technological Pedagogical Content Knowledge/ Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan* Technological Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogi Technological Content Knowledge/Pengetahuan Teknologi Kandungan Pedagogical Content Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Kandungan* Technological Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Content Knowledge/Pengetahuan Kandungan Untuk pengetahuan pihak tuan, saya pernah terjumpa beberapa artikel yang diterbitkan dalan jurnal dan yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah bahasa sendiri yang menggunakan istilah bertanda *. Sekiranya dapat disahkan istilah ini dan dimuat naik ke dalam portal PRPM atau DBP lebih baik. Terima kasih | Untuk makluman puan,  semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, puan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan dan disahkan. | Istilah | 10.09.2012 |
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih | Sdr, Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini. Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit. Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak. | Lain-lain | 28.10.2008 |
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih | Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami. Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP. Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini. | Lain-lain | 28.10.2008 |
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara. | Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2008 |
saya merupakan pelajar universiti sains malaysia tahun 2 mengambil kursus ijazah sarjana muda sastera dalam pengkhususan bahasa malaysia. saya ingin bertanya mengenai tempat praktikal di dewan bahsa dan pustaka. adakah DBP membuka peluang untuk pelajar membuat praktikal di DBP? | DBP ada menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar universiti membuat latihan industri.Sila kemukakan permohonan anda kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,Tingkat 7,Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,50460,KL.Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kekosongan tempat dan bidang pengkhususan pelajar. | Lain-lain | 21.01.2008 |
slm sejahtera, saya ingin bertanya berkenaan buku rujukan yg melibatkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan. Bagaimana saya hendak membeli nya | Terima kasih atas soalan anda. Saudara boleh datang ke Kedai Koperasi DBP di Menara DBP ataupun layari laman web www.koopdbp.com.my | Lain-lain | 27.09.2010 |
Saya adalah pelajar ijazah sarjana, ingin mendapatkan maklumat berkenaan pandangan ahli sarjana bahasa atau ahli sejarah atau sasterawan terhadap buku atau teks HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI dari sudut berikut: a). Sumbangan teks klasik ini kepada pengamal bahasa Melayu masa ini (genarasi sekarang). b). Penggunaan teks ini sebagai sampel kajian terhadap pengkaji bahasa khusus kepada kajian tatabahasa Melayu. c). Keperluan teks ini kepada kajian pada masa hadapan. Sekian terima kasih Ghans | Andah boleh merujuk kertas kerja ini : 1. Abdullah Munsyi dan Sastera Cetak oleh Hashim Awang 2. Menyingkap Tempurung Orang Melayu : Sejarah MElayu,Buku TEks dan Abdullah Munsyi oleh Putten,Jan Van Der ' Seminar Sastera Cetak Abad ke 19'. Saudara juga boleh merujuk dalam artikel majalah Dewan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP | Lain-lain | 29.10.2008 |
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini. | Sdr, Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini. | Lain-lain | 16.02.2008 |