Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ijazah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana, ijazah Kedoktoran Falsafah, diploma, sijil.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti BostonAyat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". Tatabahasa12.09.2011
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas?Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Penggunaan kata sendi nama dari/daripada yang manakah betul dalam ayat berikut: Mohd Akmal merupakan Pegawai Penyelidik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari/daripada Universiti Malaya. Penggunaan kata sendi nama dari atau daripada dalam konteks ayat tersebut yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian daripada Universiti Malaya". Tatabahasa22.11.2023
Saya adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya). Saya ingin membuat pertanyaan, saya berminat untuk menjalani latihan industri saya pada tahun hadapan di DBP. Oleh itu, bagaimanakah proses permohononan latihan industri boleh dibuat di institusi ini? Saya bakal menjalani latihan industri bermula pada Mac 2023 sehingga Julai 2023. Terima kasih
Salam sejahtera,

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Untuk makluman, semua pelajar yang  ingin  menjalani  latihan  industri  di  DBP,  perlu menghantar  permohonan kepada  Ketua  Akademi  DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali:

 

  1. Surat  permohonan  –  nyatakan  bidang  pengajian,  peringkat pengajian,  tempoh  latihan  industri  dan  maklumat  lain  yang berkaitan.
  2. Surat  pengesahan/sokongan  daripada  fakulti/institusi  pendidikan berkaitan.
  3. Resume.
  4. Salinan  keputusan  peperiksaan  setiap  semester.
  5. Borang jawapan penerimaan pelatih  industri.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

 

Laman web: http://akademi.dbp.my/

Nombor telefon: 03-2147 0220/0230

Faksimile: 03-2147-0231

E-mel: akademi@dbp.gov.my

Lain-lain27.11.2022
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih

Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami.

Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini.

Lain-lain28.10.2008
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
saya terpilih untuk mengikuti pengajian dalam ijazah sarjana muda persuratan melayu,apakah bidang kerjaya yang akan saya ceburi apabila tamatnya pengajian?Soalan yang dikemukakan ini tidak berkaitan dengan perkhidmatan kami, iaitu perkhidmatan memberikan khidmat nasihat bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan dan korporat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain14.05.2019
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat..Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah daripada Universiti Malaya. Saya ingin bertanyakan tentang sama ada DBP mempunyai tawaran kerja kosong yang berkaitan dengan bidang pengajian saya. Jika DBP ada menawarkannya buat masa sekarang, saya berhasrat untuk mengisi kekosongan tersebut bagi membolehkan saya mendapatkan lebih lagi peluang dan ilmu bekerja dengan DBP. Antara bidang yang sesuai untuk saya dalami termasuklah di bahagian sumber atau dokumen-dokumen sejarah, bahagian pemuliharaan sumber serta penerbitan karya-karya. Jika ada tawaran lain juga, saya amat menghargai dan mengalu alukannya. Bersama pertanyaan ini saya lampirkan bersama resume dan keputusan peperiksaan saya (memandangkan transkrip rasmi belum lagi dikeluarkan)Salam sejahtera,

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain12.02.2022
123

Kembali ke atas