Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.wan] | اخوان

Definisi : Ar saudara, orang-orang yg (dianggap) bersaudara; Lim I~ Lim Adik-Beradik; seikhwan sepersaudaraan, sekaum, sebangsa; akhwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.wan] | اخوان

Definisi : saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhwan (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan saudara, adik-beradik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan " IKHWAN RESTORAN & KATERING ". apakah betul dari segi susunan bahasanya?. Kerana ia akan digunakan untuk papan tanda sebuah restoran?Penggunaan yang betul ialah "RESTORAN DAN KATERING IKHWAN"Tatabahasa22.10.2013
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik.Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam.Tatabahasa09.07.2013
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas