Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
iklanUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Selamat sejahtera, Saya ingin membuat papan iklan pusat tuisyen. Bolehkah pihak tuan menyemak papan iklan tersebut. Saiz papan iklan: 6.1m X 1.22m Sekian, terima kasih.Iklan ini betul.
Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain20.12.2016
Bagaimana untuk mendapat pengesahan bahasa iklan dari pihak tuanSelamat pagi.

Pihak tuan boleh mendapatkan pengesahan iklan melalui  iklan/pelanggan/login.aspx">iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk penyemakan iklan.
Lain-lain27.10.2016
macam mana nak daftar papn iklan atas kedai?
Pihak tuan boleh mendapatkan pengesahan iklan melalui  iklan/pelanggan/login.aspx">iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk penyemakan iklan.
Lain-lain07.02.2017
Assalamualaikum tuan. Boleh saya tahu status permohonan iklan saya? 52323/2016Tuan/puan boleh pergi ke laman Khidmat Pengesahan Iklan semula untuk melihat status pengesahan iklan pihak tuan/puan. Iklan ini masih dalam proses pengesahan.
Lain-lain23.10.2016
Saya memerlukann kelulusan visual papan iklan dari segi tatabahasa. " Pusat Servis Kereta JL Garage"Untuk kelulusan visual papan iklan atau pengesahan iklan, sila layari https://dbpsahbahasa.my/. Tuan boleh memohon melalui laman terseut untuk tujuan kelulusan atau pengesahan iklan.Lain-lain14.05.2020
Contoh Papan IklanSila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan.Lain-lain30.10.2015
Pertanyaan saya mengenai iklan bilboard. Sekiranya kami iklan tersebut di dalam Bahasa Malaysia, perlukah kami menukar nama promosi atau peraduan di dlm BI ke BM. Jawapan dari pihak tuan amat kami hargaiUntuk makluman tuan, paparan di tempat awam termasuklah iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, mesti ada padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain30.09.2015
Papan tanda kedai
Pihak tuan boleh mendapatkan pengesahan iklan melalui  iklan/pelanggan/login.aspx">iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk penyemakan iklan.
Lain-lain07.02.2017
sila tanya apa maksud tajuk iklan yang saya kena tulis ?? KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (KPBDBP)Tuan,

Tajuk iklan atau teks dalam iklan adalah teknikal, tuan boleh tulis sama ada nama kedai seperti Ibrahim Maju atau nama aktiviti seperti RESTORAN KOREA.

Yang penting ialah gambar yang dilampirkan kerana kami menyemak bahasa dalam gambar iklan tersebut.

Terima kasih.
Lain-lain06.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas