Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.

Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya".

Istilah07.07.2011
Bolehkah digunakan perkataan dialek Johor iaitu "Semorang Raya" yang merujuk kepada "Semua Orang" sebagai tajuk video iklan pendek raya dan bukan bertujuan komersial. Mohon maklumbalas segera.

"Semorang Raya" merupakan bahasa slanga dan tidak sesuai digunakan dalam iklan kerana bahasa slanga tidak diterima sebagai bahasa yang standard. Dalam wacana pengiklanan, penggunaan bahasa Melayu yang standard amat digalakkan bagi menyampaikan maklumat yang jelas supaya mudah difahami masyarakat umum.

Lain-lain28.03.2024
BOARDING HARI RAYA 2016 PENGINAPAN KUCING SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2016 KINI DIBUKA!Untuk pengesahan iklan sila layari laman web kami melalui iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain13.06.2016
PERMOHONAN LESEN MEMPAMERKAN BANNER HARI RAYA SELAMA 3 BULANUntuk pengesahan iklan, sila layari laman web iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain07.06.2016
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
Kami meminta DBP meluluskan banner Iklan yang dilampirkan untuk di taja di jalan raya di daerah Petaling Jaya. Sekian Terima Kasih.Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.10.2014
Kami meminta DBP meluluskan Bunting Iklan yang di lampirkan untuk di taja di jalan raya di daerah Petaling Jaya. Sekian Terima Kasih.Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.10.2014
Salam Tuan; Mohon semakan tabahasa untuk keperluan permohonan lesen papan tanda Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sekian. Terima Kasih. Wassalam. Fadhlan 0162572869Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan BANDAR RAYA. Italikkan MBSJ Smart Vibrant atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan NO.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain13.12.2021
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TKKeterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd..Tatabahasa13.10.2011
Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.Lain-lain08.10.2015
123

Kembali ke atas