Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan. | 1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain; 2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; | Tatabahasa | 19.07.2013 |
1. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 2. Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Ayat yang mana betul? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Kata kerja mengikut mendukung maksud perbuatan "ikut" dan melengkapkan makna ayat tersebut. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
1. dua per empat ATAU dua perempat, dan ikut Kamus Dewan, seperdua dieja sebagai satu perkataan. 2. pen drive dalam bahasa Melayu? | 1. Ejaan yang betul ialah dua perempat. 2. Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Istilah agama 1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah??? 2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka? | Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). | Ejaan | 11.01.2012 |
1) Ayah membonceng adik 2)Ayah memboncengkan adik di belakang motosikalnya. Adakah kedua-dua ayat ini betu ? bagaimana dengan ayat 1 ? | Kedua-dua ayat membawa makna berlainan. Membonceng bermaksud ikut naik kenderaan. Cth. Tiap pagi dia membonceng motosikal abangnya. Memboncengkan bermaksud membawa naik bersama-sama. Cth. seperti ayat kedua yang diberikan. | Tatabahasa | 22.04.2008 |
salam, 1.melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya...mana satukah yang betul dari atau daripada.?.. jika tatabahasa yang betul penggunaan daripada yang tepat.. namun adakah peribahasa boleh diubah ikut tatabahasa yang betul? 2. Indah khabar dari rupa atau indah khabar daripada rupa? | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung" dan "Indah khabar daripada rupa". Lazimnya bentuk peribahasa ini dikekalkan walaupun diulang cetak berkali-kali. | Lain-lain | 23.06.2012 |
Apa perbezaan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Kalau dalam mata pelajaran, B. Melayu atau B.Malaysia? soalan kedua, apa perbezaan antara "dan" dengan "serta"? | Untuk mata pelajaran perkataan yang digunakan ialah bahasa Malaysia. Kata sendi nama dan bermaksud 1. Kata yang menghubungkan dua kata atau dua ayat. Contoh: ibu dan ayah; Ada orang yang sibuk bekerja dan ada pula yang masih berbual. 2. serta; selanjutnya ; seterusnya. Kata sendi nama serta bermaksud 1. ikut atau turut bersama. 2. = beserta bermaksud bersama dengan; dengan. 3. dan juga; dan. Berdasarkan makna di atas, tidak ada perbezaan antara kedua-dua sendi nama tersebut. | Tatabahasa | 08.03.2009 |
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan. | Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200. | Ayat pertama dan kedua betul. Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat. 1. Apatah nasib keluarga Muksin? 2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200. | Tatabahasa | 10.07.2013 |