Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikuti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ikuti kereta saya ke balai. Ayat ini betul ke?

Cadangan jawapan yang sesuai ialah “Ikut kereta saya ke balai”.

Tatabahasa06.12.2023
Pilihan perkataan yang mana lebih tepat untuk ayat-ayat berikut? 1. Daftar sekarang untuk nikmati / menikmati kadar rendah 2. Ikuti arahan di skrin untuk lengkapkan / melengkapkan permohonan 3. Klik sini untuk ketahui / mengetahui cara yang lebih tepat.

Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

1. Daftar sekarang untuk menikmati kadar yang rendah.
2. Ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan permohonan.
3. Klik di sini untuk mengetahui cara yang lebih tepat.

Tatabahasa06.09.2024
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TKFrasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut".Tatabahasa25.08.2011
Saya ingin bertanya.. apakah prosedur yang perlu Sy ikuti sekiranya pihak sekolah ingin menjemput pihak DBP untuk menjalankan aktiviti pelancaran nilam di sekolah.Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain17.03.2025
Cerpen utk murid sek ren dan menengah ada tak?Ikuti perkembangan tersebut melalui laman sesawang DBP di www.dbp.gov.my terima kasihLain-lain24.03.2014
Assalamualaikum. Saya berminat untuk menulis buku. Apakah panduan penulisan buku yang boleh saya ikuti? Sekian.

Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke bahagian yang sesuai dengan cadangan pembinaan manuskrip Saudara, iaitu Bahagian Buku Umum (genre umum), Bahagian Buku Bahasa (genre buku bahasa), Bahagian Buku Sastera (genre sastera) dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan remaja (genre kanak-kanak dan remaja). Terima kasih.

Lain-lain07.04.2019
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih.Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa.  Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.  Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi  puan kepada DBP. Lain-lain08.04.2014
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010
akum, saya ingin menerbitkan buku kanak-kanak bergambar untuk dijual kepada awam. apakah prosedur yang harus saya ikuti?Buku itu perlulah ditulis dan dilengkapkan dengan gambar atau ilustrasinya. Selepas itu, terbitkan melalui mana-mana penerbit yang dipilih. Selepas terbit, bolehlah dijual.Lain-lain01.12.2007
menyalahkan kuasa betulkah? boleh bag sikit pengetahuan tentang penggunaan men-...-kan dan lepas tu apa-apa yang kena ikuti di belakang?Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Ayat tarnsitif aktif dengan kata kerja berapitan men-...-kan terdiri daripada dua jenis iaitu yangmenerima satu objek dan yang menerima dua objek. 

Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak). Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa.
Tatabahasa01.04.2013
1234567

Kembali ke atas