Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öil.miah]/[il.miah] | علميه

Definisi : Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öil.miah]/[il.miah] | علميه

Definisi : bersifat ilmu pengetahuan; secara atau mengenai ilmu pengetahuan: majalah-majalah ~; ceramah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmiah (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keilmuan, akademik, kesarjanaan, intelektual, teoretikal.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my

Lain-lain01.09.2008
Bolehkah "learned curriculum" diterjemahkan sebagai "kurikulum terpelajar" ataupun "kurikulum yang dipelajari" memandangkan "learned curriculum" merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas? Jawapan daripada carian kata adalah "kurikulum ilmiah". Saya berasa perkataan "ilmiah" kurang selaras dengan "apa yang pelajar pelajari dalam kelas" , ia lebih kepada bahan ilmiah, jurnal ilmiah, majalah berilmiah dsbg. Ini adalah pandangan saya mungkin tidak betul. Sila beri tunjuk ajar Terima kasihUntuk makluman, perkataan "learned" boleh diterjemahkan kepada beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu  berilmu, ilmiah dan dipelajari. Penggunaan padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Sekiranya tuan pasti konsep istilah ini merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas,  istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kurikulum dipelajari.Istilah29.07.2013
Mohon kepastian manakah yang paling tepat: semi ilmiah atau semi-ilmiah? Terima kasih.

Saudari,

Sebetulnya setiap perkataan selepas perkataan 'semi' ditulis rapat. Misalnya, semiilmiah. Namun tidak terdapat maksud dalam bentuk perkataan semiilmiah kerana sudah terdapat perkataan yang lebih gramatis iaitu separa ilmiah.

Tatabahasa13.08.2012
adakah HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009 telah diumumkan?bila ianya akan diumumkan?Hadiah Karya Ilmiah DBP masih belum diumumkan.   Proses penghakiman telah dilaksanakan. Pengumuman tentangnya akan dibuat seberapa segera yang mungkin.Lain-lain11.02.2011
salam.. tentang tema makan malam boley x kite gunakan tema berunsur ilmiah seperti mengorak citra di lawangan cendikia bermaksud menbentuk imej di gerbang ilmiah.. boley ke or ade contoh2 yang lain yang boley dibuat rujukan..Lazimnya tema majlis mengungkapkan perkataan/ayat yang ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan konsep majlis yang dianjurkan. Pada pandangan kami tema majlis makan malam tidak perlu terlalu ilmiah sesuai dengan konsep majlis (makan malam) lebih kepada tujuan sosial dan meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa.Tatabahasa23.05.2011
BAGAIMANA MENDAPATKAN BUKU PANDUAN PENERBITAN BUKU ILMIAH DAN ADAKAH SEBARANG KURSUS PERLU DILALUI UNTUK MELAYAKKAN MENJADI SEORANG PENULIS BUKU? TQSetakat ini tiada buku panduan penerbitan buku ilmiah ditulis dan diterbitkan. Untuk menjadi penulis buku, eloklah ikuti kursus penulisan dan kursus penerbitan buku. Jika berminat, sila hubungi Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia DBP.Lain-lain07.09.2008
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui cara menulis esei yang terbaik . Apakah kandungan atau isi yang diperlukan bagi menghasilkan esei ilmiah yang terbaik? Saya harap pihak tuan dapat memberikan kepada saya satu contoh penulisan esei ilmiah yang terbaik kepada saya sebagai panduan secara secepat mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai dan pemerengganan yang baik. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja), karya Sulaiman Masri dan terbitan Karisma Publications, 2004 .Lain-lain06.04.2013
salam,,,saya ingin bertanya,saya ada masuk peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009, tetapi sampai sekarang saya tak tahu adakah pemenangnya telah diumumkan? saya hanya ingin tahu......boleh pihak tuan membantu saya....terima kasih...Hadiah Karya Ilmiah sedang dalam proses penilaian manuskrip dan menentukan pemenang. Saya berharap calon yang menghantar mss diharap dapat bersabar. Sekian terima kasihLain-lain12.07.2010
1.adakah pihak dewan bahasa masih membuat penterjemahan buku (buku ilmiah khususnya)? 2.sekiranya saya ingin ke dokumentasi melayu untuk mencari buku2 berkaitan linguistik, adakah saya perlu mendaftar dahulu dengan pusat tersebut? 3. sekiranya dbp masih aktif menterjemah buku2 ilmiah khususnya, bolehkah pihak tuan memberikan senarai penterjemah yang masih aktif menterjemah buku2

1. Untuk makluman puan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi melakukan kerja-kerja penterjemahan. Fungsi penterjemahan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) yang lahir daripada Bahagian Penterjemahan di DBP suatu ketika dahulu.

2. Untuk menggunakan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di DBP, semua pelawat mesti mendaftar terlebih dahulu di kaunter PDM tingkat 3 Menara DBP. Pelajar IPT perlu membawa surat dari IPT untuk menggunakan PDM DBP.

3. Sila rujuk ITNMB.

Lain-lain21.01.2009
salam....saya ingin bertanya, tahun lepas saya ada menyertai satu peraduan penulisan ilmiah, saya ingin tahu,adakah peraduan telah diumumkan pemenangnya?bilakah pengumuman pemenang itu dibuat?harap kerjasama dari pihak tuan....terima kasih.Adakah yang saudara maksudkan peraduan penulisan ilmiah itu  ialah Peraduan Mengarang Esei 2009? Jika ya, keputusan Peraduan Mengarang Esei 2009 akan disiarkan dalam laman web DBP tidak lama lagi.Lain-lain12.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas