| Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha? | Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darab, kadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut. | Makna | 12.03.2024 |
| Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
| Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi. | Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. | Makna | 08.07.2007 |
| Berdasarkan sedikit kajian,nyatakan keperluan penterjemahan dalam konteks masyarakat di Malaysia? | Dalam konteks masyarakat Malaysia, penterjemahan masih diperlukan bagi tujuan pemindahan ilmu. Bahan-bahan rujukan masih terdapat dalam bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Oleh itu untuk memastikan sesuatu bidang ilmu itu dapat disampaikan dengan baik dan berkesan maka usaha penterjemahan bahan-bahan tersebut masih terus dilaksanakan. | Lain-lain | 27.06.2007 |
| Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |
| saya sapurah haema sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya tentang perkataan 'ilmu' berasal daripada bahasa apa dan apakah pengatiannya dan terimakasih | Perkataan ilmu daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; | Makna | 22.09.2014 |
| SAYA ADA PERTANYAAN TENTANG EMPAT FUNGSI BAHASA MELAYU IAITU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI, BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN. TERIMA KASIH | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana Jabatan Linguistik, IPTA. | Makna | 10.07.2008 |
| Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih. | Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat yang dianggap lewah bagi dibuat. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
| APAKAH SUMBANGAN DBP TERHADAP MASYARAKAT? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia. Dalam usaha pembinaan bahasa DBP telah menyelaraskan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang ilmu, menyusun dan menerbitkan pelbagai kamus dan melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk memantapkan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha pengembangan bahasa pula pelbagai kegiatan seperti ceramah, forum, seminar dsb. dilaksanakan di semua peringakt masyarakat, awam, swasta, pendidikan dan badan berkanun dengan tujuan untuk memupuk rasa cinta dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahasa kebangsaan kita. Saudara boleh merujuk buku Laporan Tahunan DBP untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 27.07.2008 |
| Salam sejahtera, Bahasa itu terpelihara keaslianan dan ketulenannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. Jadi, siapa yang hendak menjaga keaslian bahasa kita melainkan masyarakat kita sendiri dan keturunan kita dapat menjadi bangga dan kagum dengan hasil nenek moyang mereka. serta pada pendapat saya istilah "ilmu hisab" dan "ilmu kira-kira" lebih bergaya dan menunjukkan keaslian bahasa Melayu. Siapa lagi hendak menggunakan istilah-istilah lama itu melainkan bahasa kita sendiri. Walaupun istilah-istilah itu lapuk sekurang-kurangnya keaslian bahasa kita dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik melalui penggunaan istilah-istilah lapuk itu seseorang dapat mengenal bangsa dan budaya kita. Kita perlu ingat ean sedar bahawa bahasa Inggeris dan eropah adalah bahasa penjajah. Perlukah kita membesarkan bahasa mereka dengan meminjam istilah dan kosa kata mereka? itu tidak perlu, kerana bahasa kita kaya dengan istilah dan kosa kata. Kita boleh menciptakan istilah kita sendiri dan tidak perlu berhutang dengan meminjam istilah dan kosa kata bahasa lain. Ada baik jikalau kita dan masyarakat kita mengamalkan sikap yang sama seperti sikap pejuang bahasa Cina dan Thai. Bahasa-bahasa itu terpelihara keaslianannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Kami juga bersetuju iltizam politik juga amat diharapkan dalam memberi makna kepada kesungguhan kita memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diangkat dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sewajarnya mendapat tempat tersendiri dalam kalangan rakyat. | Lain-lain | 15.11.2015 |