Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ilmunya

Peribahasa

Mati gajah meninggalkan gading,
     mati manusia meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akronim terkini bagi pengajaran dan pembelajaranDalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan simbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).

Tatabahasa16.05.2017
Bilakah 'Bahasa Malaysia' digunakan? Apakah perbezaan antara 'bahasa Malaysia' dengan 'Bahasa Malaysia'? Dalam kontkes berikut, adakah huruf 'b' harus dijadikan huruf besar? 'Edisi bahasa Malaysia dilesenkan oleh Syarikat XYZ.'Bahasa Malaysia merujuk mata pelajaran di sekolah, manakala bahasa Malaysia ialah bahasa yang menjadi bahasa perpaduan di Malaysia. Dari segi ilmunya bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu sama seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.Istilah16.08.2013
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012
Apakah singkatan yang Tepat untuk "Pengajaran dan pembelajaran" adakah "pdp" atau "PnP" atau "p&p". Singkatan yang manakah yang Tepat untuk saya gunakan. Terima kasih.Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan symbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).

Ejaan11.09.2016
maksud fungsi dlm bahasa melayu

Saudara,

Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan.

Makna03.07.2010
Grounded theory merupakan suatu pendekatan dalam kajian kualitatif di mana teori dibina berdasarkan data. Istilah 'teori beralas' digunakan di Indonesia. Bagi saya lebih sesuai 'teori berpasak' kerana teori dipasakkan ke atas data. Sesuaikah istilah ini digunakan?Cadangan padanan terjemahannya ialah teori bersebab atau teori beralasan. Walau bagaimanapun, saudara perlu melihat konsep dan takrifan teori tersebut dari segi bidang ilmunya.Lain-lain12.10.2009

Kembali ke atas