Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ti.zam] | التزام

Definisi : Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
iltizam (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keterlibatan, komitmen, keazaman, dedikasi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD ILTIZAM(i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU.Lain-lain02.12.2010
apa maksud ikhtizam dan betul ke ejaannyaPerkataan iltizam bukan ikhtizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 567.Makna01.01.2009
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN?Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini.Tatabahasa27.08.2010
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa MelayuPelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu.Lain-lain27.07.2009

Kembali ke atas