Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL) | Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 23.11.2008 |