Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.ba.ngan] | ايمبڠن

Definisi : 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.ba.ngan] | ايمبڠن

Definisi : 1 keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2 sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3 perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011
maksud tolok?Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.Makna12.12.2012
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAHSila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995Lain-lain08.09.2007
Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TKPerkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;

Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.04.2013
Tuan, apakah perbezaan antara bandingan dan tandingan di dalam ayat di bawah: 1) piza itu sedap tiada bandingan 2) piza itu sedap tiada tandingan terima kasih atas bantuanBandingan dan tandingan sama maknanya, iaitu imbangan atau tara. Oleh itu, kedua-dua ayat ... tiada bandingan dan ... tiada tandingan sama maknanya.Tatabahasa21.06.2012

Kembali ke atas