1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitif | Tiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.11.2011 |
Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Perbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Tuan, apakah perbezaan antara bandingan dan tandingan di dalam ayat di bawah: 1) piza itu sedap tiada bandingan 2) piza itu sedap tiada tandingan terima kasih atas bantuan | Bandingan dan tandingan sama maknanya, iaitu imbangan atau tara. Oleh itu, kedua-dua ayat ... tiada bandingan dan ... tiada tandingan sama maknanya. | Tatabahasa | 21.06.2012 |