Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bau] | ايمباو

Definisi : ; mengimbau Mn memanggil, menyeru (nama), menjemput (datang): azan Maghrib ~ dr masjid; diimbau berbunyi, dilihat bersua prb, Mn apa yg dikatakannya adalah betul (boleh diuji kebenarannya); terimbau terpanggil; ~ pd orang yg akan datang, tersusun pd orang yg akan pergi prb, Mn menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yg disukainya; imbauan panggilan, seruan: orang kampung itu keluar beramai-ramai apabila terdengar ~ yg terus-menerus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imbau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf cuma ingin tahu. Sering saya dengar di corong-corong stesen radio berebahasa Melayu di Malaysia "mengimbau" (imbau) digunakan deejay untuk mengenang kembali sesuatu. Di saluran tv Indonesia pula pemimpinnya "mengimbau" segenap masyarakatnya untuk memajukan negara. Sebenarnya di mana tepatnya "imbau" ini duduknya? Lagi satu, "justeru". Di media Indonesia tak diertikan sebagai "oleh itu", malah lebih daripada tindakan positif untuk mengatasi hasil yang negatif. Akan tetapi di media Singapura dan Malaysia duduknya seakan-akan "oleh sebab itu". Harap pihak Tuan dapat memberi pandangan. Maaf sekali lagi kerana saya bertanya. Terima kasih, Tuan-Tuan.Untuk makluman saudara, perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang cukup luas sama ada di Malaysia atau Indonesia. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut memang mempunyai makna yang berbeza seperti yang saudara nyatakan.Makna14.08.2007
Frasa 'mengimbau kembali zaman persekolahan' sering digunakan. Persoalannya, mengimbau bermaksud memanggil(seseorang), oleh itu adakah maksudnya dikayakan supaya merangkupi maksud kiasan - 'memanggil'(mengenang) ingatan?

Frasa "mengimbau kembali zaman persekolahan" adalah betul penggunaannya. Mengikut istilah dalam bidang umum, istilah “imbau kembali” berasal daripada istilah sumbernya dalam bahasa Inggeris iaitu “throwback”. Imbau kembali membawa maksud mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. 

Istilah06.05.2020

Kembali ke atas