1) Apakah perbezaan antara imbuhan meN dan imbuhan beR?- kedua-dua imbuhan ini menunjukkan perbuatan. 2) Bagaimanakah kita boleh menentukan penggunaan imbuhan meN atau imbuhan beR bagi suatu kata kerja? Contohnya perkataan 'lari'. Mengapakah kita gunakan imbuhan beR yang menerbitkan perkataan 'berlari'? Mengapakah kita tidak menggunakan meN yang menerbitkan 'melari'? | Saudara Mirza, Imbuhan meN...kan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek,manakala imbuhan beR...kan membentuk kata kerja tak transitif. Cara menggunakannya bergantung pada ayat yang dibina. Perkataan 'lari' boleh menerima imbuhan beR... atau meN... . Contoh: Mereka melarikan diri daripada tahanan. Mereka mengejar kuda yang sedang berlari di padang. Penjelasan lanjut tentang aspek ini terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191-201. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Bolehkah kata-kata seperti perkataan, imbuhan, ayat menjadi kata ganda? Adakah golongan perkataan ini ialah kata nama tak hidup abstrak? Contoh kata ganda: 1. perkataan-perkataan 2. imbuhan-imbuhan 3. ayat-ayat | Boleh digandakan atau tidak digandakan, jika tidak digandakan sekalipun unsur jamak boleh dilihat dalam konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
Salam Sejahtera, Mohon semak sama ada imbuhan untuk perkataan "e-mel" di bawah adalah tepat: 1. Imbuhan apitan meN-...-kan untuk "e-mel" ialah "meng-e-melkan" dan apabila dipasifkan menjadi "di-e-melkan". 2. Imbuhan apitan peN-...-an untuk "e-mel" ialah "peng-e-melan". TK | Ejaan yang betul ialah: 1. meng-e-melkan 2. di-e-melkan 3. peng-e-melan | Ejaan | 27.10.2011 |
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama | 1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. 1"> 2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan. 1"> 3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.1"> | Tatabahasa | 07.08.2018 |
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasih | Tidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini. | Tatabahasa | 25.07.2009 |
1. Apakah ciri-ciri imbuhan awalan pinjaman? 2. Ada berapa jenis imbuhan awalan pinjaman dalam bahasa Melayu? 3. adakah imbuhan awalan pinjaman lain selain awalan pinjaman inggeris, sanskrit, arab-parsi dan yunani? 4. bolehkah pihak tuan memberi cadangan buku atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan dengan imbuhan awalan pinjaman? | Salam sejahtera, Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran1"> Contoh: Imbuhan awalan ialah awalan maha yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contohnya Mahaguru dan Mahasiswa manakala imbuhan akhiran ialah akhiran wan yang bermaksud pelaku atau pemilik. Contohnya Angkasawan dan Bangsawan. Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.10.2017 |
Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih. | 1) Imbuhan akhiran –kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran –kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya, i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186. 2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i, iaitu: (i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi. (ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 186-190. 3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. 4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211. | Tatabahasa | 08.06.2024 |
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua. | 1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202. 2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208. 3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata. 4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286. 5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. | Tatabahasa | 05.01.2010 |
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang. | Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
1) Antara imbuhan "MEWUJUDKAN" dengan "MENGWUJUDKAN", mana satu yang betul? 2) Antara imbuhan "PEWUJUDAN" dengan "PENGWUJUDAN", mana satu yang betul? | Imbuhan yang betul: 1. MEWUJUDKAN 2. PEWUJUDAN | Tatabahasa | 28.11.2017 |