| Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu? | Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan. | Tatabahasa | 16.07.2018 |
| memperkenalkan atau memperkenal? Ini adalah kerana bukankah mem, per dan kan menunujukkan 3 imbuhan. Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan | Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan tersebut dapat membentuk kata terbitan apabila diimbuhkan kepada kata dasar iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan bersifat kata kerja transitif. Beberapa contoh: memperkenalkan, mempertahankan, mempersatukan dan memperdengarkan. Terdapat dua pengertian khusus yang timbul memlalui penggunaan apitan memper-...-kan. Pertama, membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contoh: a) memperisterikan - menjadikan atau menyebabkan beristeri; b) mempertemukan - menjadikan atau menyebabkan bertemu. Kedua, membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Contoh: a) memperdengarkan - menyebabkan orang mendengar; b) memperlihatkan - menyebabkan orang melihat. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 08.08.2018 |
| saya munee baka sedang belajar bahasa melayu di Universiti Fatoni Selatan Thailand ini bertanya dpb Apakah imbuhan awalan....? terima kasih | Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Imbuhan awalan merupakan kata dasar yang ditambah imbuhan di hadapannya. Contoh, ber- dalam perkataan berjalan. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
| Bagaimanakah wujudnya "kata terbitan" bahasa Melayu dan apakah ciri-ciri yang membentuk "kata terbitan" | Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan,iaitumendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
| Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya. | Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut. | Lain-lain | 05.06.2010 |
| apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan? | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
| Salam 1Malaysia, kesalahan mententeramkan ataupun mengkagumkan, yakni huruf awal 't' dan 'k' tidak digugurkan itu tergolong dalam kesalahan ejaan ataupun imbuhan. Hal ini demikian kerana ada guru bahasa Melayu menyatakan kesalahan tersebut tergolong dalam kesalahan imbuhan, dan sebaliknya. Sekian. | Imbuhan ialah bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata dan menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa. Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu, awalan, akhiran, sisipan fan apitan. Kesemua jenis imbuhan ini ada peraturan yang tersendiri yang diperincikan dalam buku Tatabahasa Dewan. Jelasnya, kesalahan imbuhan apitan dalam mententeramkan dan mengkagumkan dikagegorikan sebagai kesalahan imbuhan. Kesalahan ejaan, contohnya ejaan sharat sepatutnya syarat, ma’af sepatutnya maaf. | Tatabahasa | 15.02.2014 |
| Boleh saya mendapat menerangkan mengenai Kata Terbitan Imbuhan Pinjaman Awalan dan Akhiran. Terima Kasih..... | Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat satau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya, dalam bahasa Melayu mendukung (men+dukung),dipukul (di+pukul). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 53. | Tatabahasa | 30.09.2008 |
| 1) BOLEHKAH KATA SISIPAN BERADA SELEPAS KATA KERJA? 2) BOLEHKAH KATA MAJMUK DIRAPATKAN APABILA MENERIMA IMBUHAN APITAN? 3) BERIKAN CARA UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN MEMPER- DAN MEMPER-KAN DENGAN BETUL | 1. Proses sisipan boleh berlaku dalam kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif, kata nama atau kata kerja (bukan selepas kata kerja). 2. Kata majmuk boleh dirapatkan apabila menerima apitan atau imbuhan di awal dan akhir perkataan tersebut, contohnya: urus niaga - mengurusniagakan. 3. Dalam bahasa Melayu awalan memper- ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177-180. Manakala apitan memper-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-kan ini bersifat transitif, iaitu memerlukan objek untuk melengkapkan maksud/ayatnya. untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 208-211. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
| Assalamualaikum. Saya menemui perkataan 'imarah" di dalam Kamus Dewan, tetapi tidak menemui perkataan "pengimarahan". Adakah "pengimarahan" tidak boleh digunakan? Terima kasih. | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk makluman tuan/puan, kata dasar "imarah" bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Perkataan ini boleh dibentuk menjadi perkataan yang lain melalui proses pengimbuhan, seperti mengimarahkan, pengimarahan dan diimarahkan. | Tatabahasa | 26.12.2018 |