Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mi.gré.sén] | ايميݢريسين

Definisi : (imigrésén) pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport utk warganegara dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mi.gré.sén] | ايميݢريسين

Definisi : /imigrésén/ sesuatu atau hal mengenai orang asing yg masuk ke sesebuah negara: pejabat ~ pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing, pengeluaran pasport dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imigresen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Imigresen
  2. Pegawai Imigresen Kanan
  3. Pegawai Imigresen Tinggi

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen.

 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.

 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:

            i. rujukan surat:

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan 

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019
Assalamualaikum. Tn. Sulaiman Kaiat. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd, bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Mohon pengesahan dari pihak tuan berhubung penggunaan bahasa samada: Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka atau Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.10.2019.Penggunaan bahasa yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka.Lain-lain08.10.2019
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpin­dahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim
ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap
iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza.
Makna03.05.2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Sulaiman Kaiat, saya ingin bertanya berhubung penggunaan perkataan 1."depoh" dan "depot" bila masa yang sesuai digunakan. 2. "Depoh Imigresen Pekan Nenas" atau "Depot Imigresen Pekan Nenas" terletak di Negeri Johor. Manakah perkataan yang lebih tepat. Saya mohon mendapat penjelasan yang dari pihak tuan. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zimPerkataan yang betul ialah depot. (Depot Imigresen Pekan Nenas)Istilah14.12.2016
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 5. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan? 6. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan Muar adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan Muar? 7. Ejaan yang betul bagi Unit Cap Keselamatan kawalan pintu keluar masuk / cawangan adakah ditulis dengan Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk/Cawangan? 8. Ejaan yang betul bagi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara adakah ditulis dengan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara? 9. Penggunaan ejaan baru dan baharu. Apakah perbezaannya ejaan tersebut dan pada masa penggunaannya yang sesuai? 10. Ejaan yang betul bagi Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor adakah ditulis dengan Bahagian Keselamatan & Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor(a) Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. Pejabat Cawangan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar sekiranya sebagai kata nama khas) ii. pejabat cawangan  (ditulis dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat).

(b) Ejaan yang betul ialah i. Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk ii. Unit Cap Keselamatan Kawalan Cawangan

(c) Ejaan yang betul ialah Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara (di- dieja dengan huruf kecil)

(d) Menurut data kami, baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  ialah Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

(e) Ejaan yang betul ialah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Johor. (dan dieja dengan huruf kecil)
Lain-lain08.04.2019
Semakan bagi teks pas sempadan - Jabatan Imigresen Malaysialampiran salinan yang telah disemak dan diperbetulkan kesilapan pada penggunaan tanda baca dan perkataanTatabahasa24.02.2014
Saya Hisham Bin Othman @ Mohd. Bertugas di Unit Cop Keselamatan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Pertanyaan: Istilah penggunaan bagi perkataan yang betul digunakan: 1. Cop keselamatan atau cap keselamatan. 2. Unit Cop Keselamatan atau Unit Cap Keselamatan 3. Mesin emboss (atau ada perkataan Bahasa Malaysia yang berkaitan jika ada) Mohon bantuan tuan / puan DBP. Terima KasihPerkataan yang betul ialah cap, Unit Cap Keselamatan. Padanan emboss dalam bahasa Melayu ialah cetak timbul.Istilah10.06.2015
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Saya Dzulkifli dari Pejabat Urus Setia Ketua Pengarah LPP (Cawangan Undang-undang). Pihak kami bercadang untuk mengadakan Sesi Libat Urus berkaitan Cadangan Pindaan Akta yang akan melibatkan pihak berkuasa tempatan seperti polis, sprm, dbkl, imigresen, kastam dan lain-lain badan beruniform. Justeru, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk semakan dan pandangan nama program yang betul bagi tujuan tersebut. Nama program yang dicadangkan adalah seperti berikut: SESI LIBAT URUS BERSAMA BADAN PENGUATKUASA MENGENAI CADANGAN PINDAAN AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 110) DAN AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 109) Segala perhatian dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara in didahului dengan ucapan terima kasih. sekian.

Nama program yang sesuai ialah “Sesi Libat Urus Bersama-sama Badan Penguatkuasaan Tentang Cadangan Pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] dan Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]”.

Lain-lain06.02.2026
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk Working Holiday Visa? Terima kasihWorking Holiday Visa boleh diterjemahkan kepada Visa Percutian Bekerja, iaitu permit kediaman yang membolehkan pelancong melakukan pekerjaan (dan kadang-kadang belajar) di negara yang mengeluarkan visa untuk menambah dana perjalanan mereka. Walau bagaimanapun dalam konteks negara kita, sila rujuk Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat terperinci.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2017
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia sendiri manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya satu kata nama baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) diwujudkan bagi memberi pemahaman yang lebih khusus menjurus kepada fungsi dan peranan utama Agensi sepertimana agensi penguatkuasaan yang lain sebagai contoh Bomba, Imigresen, Kastam, Polis dan lain-lain?Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing.Istilah09.05.2019
12

Kembali ke atas