Apakah perbezaan antara impian dengan cita-cita? Adakah dua perkataan tersebut sama maksud? Jika tajuk 'Impian Saya', murid menulis impiannya menjadi pemain bola sepak. Adakah itu betul?Adakah jawapan tersebut tergolong dalam 'cita-cita' atau 'impian'? | Perbezaan antara impian dan cita-cita: Impian bermaksud sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan atau angan-angan. Cita-cita bermaksud: 1. Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat). Contoh: Cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak. 2. Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. Contoh: Aku rintang pekerjaannya itu dgn cita-cita yang luhur. Jika dilihat maksud bagi kedua-dua perkataan itu, tajuk yang lebih sesuai ialah Cita-cita Saya bagi merujuk keinginan untuk menjadi pemain bola sepak. | Istilah | 30.07.2015 |
Klinik Impian | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my dan pilih jenis iklan Papan Premis. | Lain-lain | 22.09.2019 |
Chow Sheng Feb 27th, 2:50pm salam sejahtera ..bolehkah saya tanya soalan BM ? 1..sebuah impian / sebuah pengalaman betul atau salah? 2. harap jangan betul atau salah? thanks(^_^) | 1. Karya kreatif biasa menggunakan ungkapan sebuah impian dan sebuah pengalaman. Namun begitu dalam ungkapan umum, frasa yang betul ialah suatu impian dan suatu pengalaman. Soalan tuan yang kedua tidak jelas. Sila hubungi kami semula melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa. | Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya. | Tatabahasa | 19.01.2024 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation. | Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Empower Every Future - Memperkasakan masa depan 2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan 3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda 4. Free to Dream - Impian tanpa batas 5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi 6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
| Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2025 |
Adakah ayat di bawah gramatis? Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. | Ayat yang betul ialah Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja pada hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka, bak kata pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak.”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 337 – 357 dan laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 21.01.2024 |
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan | Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Tatabahasa | 27.07.2018 |
KEDIAMAN SUPERLINK 2-TINGKAT 26' x 75' YANG PERTAMA DI NILAI IMPIAN | Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya. | Lain-lain | 14.09.2011 |
Selamat sejahtera encik/puan. 1. Minggu Sihat dan Cergas akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. 2. Minggu Sihat dan Cergas bertempat di dewan Taman Impian. adakah kedua-dua ayat ini betul? ayat 1 tiada letak pukul 5.30 petang dan ayat 2 kata dewan d huruf kecil. terima kasih. | Berdasarkan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah, "Minggu sihat dan cergas akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Minggu sihat dan cergas bertempat di Dewan Taman Impian." | Lain-lain | 16.01.2023 |
Apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa melayu untuk "bucket list"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "bucket list" ialah senarai impian atau senarai baldi (bidang komputer). Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.09.2021 |