Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pot] | ايمڤورت

Definisi : 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport; 2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~; mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma; 2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing: selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi; pengimportan perihal (perbuatan) meng­import: menggalakkan ~ bahan makanan; pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pot] | ايمڤورت

Definisi : 1 perbuatan membawa masuk barang-barang dagangan dll ke dlm negara; kemasukan barang-barang dagangan dr luar negara: Negara akan mengalami kerugian jika ~ berterusan melebihi eksport. 2 yg dibawa masuk dr luar negara: barang-barang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata import


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
EJAAN BAHASA MELAYU :- 1. IMPORT @ IMPOTimportMakna30.07.2007
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan

Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang.

Makna27.02.2008
Salam, saya daripada pejabat kastam selangor ingin bertanya kan soalan;yang mana satu adalah susnan ayat yang betul . ayat pertama: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Terpakai import.Ayat yang betul ialah ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai.Tatabahasa04.04.2009
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantuMerujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut.Tatabahasa27.12.2012
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja.Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja.Tatabahasa20.06.2011

Kembali ke atas