Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mun] | ايمون

Definisi : (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mun] | ايمون

Definisi : ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum dan salam sejahtera.boleh saya dapatkan pengesahan bahasa bagi 'immunosenescence'. memandangkan tiada rekod terjemahan bagi perkataan tersebut. adakah dapat saya terjemah sebagai kesenesenan imun berdasarkan istilah yang berikut diterjemah oleh pihak dbp iaitu senescence= kesenesenan manakala immune=imun. mohon pandangan serta nasihat daripada pihak tuan. terima kasih.Tiada maklumat tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami. Kami telah mengemukakan pertanyaan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan.Istilah10.10.2017

Kembali ke atas