Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mu.ni.sa.si] | ايمونيساسي

Definisi : perihal atau perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan drpd penyakit tertentu menerusi suntikan: wanita dlm lingkungan umur 15 hingga 44 tahun diseru mendapatkan ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mu.ni.sa.si] | ايمونيساسي

Definisi : 1 pengimunan. 2 suntikan pelalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imunisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang masuk perkataan "rawatan" di mana Kamus Dewan Edisi Keempat memberi maksud "hasil merawat". Perkataan "merawat" pula bermaksud "memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb" dengan merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, soalan saya adalah seperti berikut: (1) Adakah "rawatan" juga bererti memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi (sekumpulan orang) selain individu yang sakit (orang sakit)? (2) Bagi ayat "...dengan memberi ubat dan sebagainya", adakah "sebagainya" termasuk usaha pencegahan penyakit (seperti imunisasi bagi penyakit berjangkit, pemfluoridaan bekalan air dan penyapuan varnis fluorida untuk mencegah kerosakan gigi atau karies gigi, dan sebagainya), serta promosi kesihatan (termasuk promosi kesihatan pergigian) bagi amalan cara hidup sihat, selain pemberian ubat? Hal ini kerana vaksin, kompaun fluorida ditambah ke dalam bekalan air dan varnis fluorida yang disapu pada permukaan gigi ialah ubat yang dapat mencegah penyakit, justeru memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Selain itu, promosi kesihatan juga dapat memelihara, membela, dan menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Sekian, terima kasih. Wong Siong Ting 0168979770(a) Selain memberi maksud hasil merawat (Kamus Dewan Edisi Keempat), perkataan rawatan juga bermaksud jagaan atau usaha yang dilakukan ketika merawat (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

(b) Perkataan “dan sebagainya” dan “dan lain-lain” ialah padanan dalam bahasa Melayu untuk “et cetera”. Perkataan “dan sebagainya” dalam ayat yang dinyatakan membawa maksud usaha lain yang dilaksanakan selain daripada memberikan ubat, contohnya, memberikan imunisasi wajib, mengadakan kempen kesihatan dan lain-lain).
Makna27.07.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang maksud perkataan "rawatan" di mana Kamus Dewan Edisi Keempat memberi maksud "hasil merawat". Perkataan "merawat" pula bermaksud "memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb" dengan merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, soalan saya adalah seperti berikut: (1) Adakah "rawatan" juga bererti memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi (sekumpulan orang) selain individu yang sakit (orang sakit)? (2) Bagi ayat "...dengan memberi ubat dan sebagainya", adakah "sebagainya" termasuk usaha pencegahan penyakit (seperti imunisasi bagi penyakit berjangkit, pemfluoridaan bekalan air dan penyapuan varnis fluorida untuk mencegah kerosakan gigi atau karies gigi, dan sebagainya), serta promosi kesihatan (termasuk promosi kesihatan pergigian) bagi amalan cara hidup sihat, selain pemberian ubat? Hal ini kerana vaksin, kompaun fluorida ditambah ke dalam bekalan air dan varnis fluorida yang disapu pada permukaan gigi ialah ubat yang dapat mencegah penyakit, justeru memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi. Selain itu, promosi kesihatan juga dapat memelihara, membela, dan menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Sekian, terima kasih. Wong Siong Ting 0168979770

a)   Selain memberi maksud hasil merawat (Kamus Dewan Edisi Keempat), perkataan rawatan juga bermaksud jagaan atau usaha yang dilakukan ketika merawat (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

 

b)   Perkataan “dan sebagainya” dan “dan lain-lain” ialah padanan dalam bahasa Melayu untuk “et cetera”. Perkataan “dan sebagainya” dalam ayat yang dinyatakan membawa maksud usaha lain yang dilaksanakan selain daripada memberikan ubat, contohnya, memberikan imunisasi wajib, mengadakan kempen kesihatan dan lain-lain.

Makna27.07.2020

Kembali ke atas