<In particular, we are looking at “enclaving” a means of limiting Batu Puteh’s maritime zone to a territorial sea >12 nm.> | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan saudara dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Padanan bagi frasa 'cringe-worthy'. Contoh ayat 'Although he was a fall of Indie movies, this particular one was too cringeworthy to watch.' | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan cringe-worthy. Berdasarkan carian kami, cadangan terjemahan perkataan yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat ialah kejanggalan, kegelisahan dan kecanggungan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2018 |
Apakah padanan yang paling tepat untuk istilah "Period Drama" yang merujuk kepada: "a television or film production set in a particular historical period and characterized by the use of costumes, sets, and props that are typical or evocative of the era." Terdapat istilah "period play" yang dipadankan dengan istilah "lakon zaman" di laman web prpm. Adakah bersesuaian jika "period drama" diterjemahkan kepada "drama zaman"? Terima kasih. | Padanan yang paling sesuai untuk istilah period drama ialah drama zaman. | Istilah | 07.07.2022 |
Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader. | Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi" | Makna | 12.04.2022 |
Ada tak istilah untuk "handouts"? merujuk kepada maksud di bawah. a document given to students or reporters that contains information about a particular subject. | Dalam bidang Komunikasi, Perpustakaan dan Pentadbiran, istilah bahasa Melayu untuk “handouts” ialah kertas sebaran atau bahan serahan. | Istilah | 21.03.2018 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu terjemahan sesuai untuk perkataan Imagineer. Imagineer is a person who devises and implements a new or highly imaginative concept or technology, in particular one who devises the attractions in Walt Disney theme parks. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "imagineer" ialah kejuruteraan imaginasi atau jurutera imaginasi | Makna | 17.11.2020 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat di bawah? "Perceived ease of use is defined as the degree to which a person believes that using a particular system would be free of effort." | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com untuk maklumat lanjut. | Makna | 30.06.2022 |
Apakah terjemahan dalam BM untuk perkataan Inggeris "Breakout Room" yang bermaksud "a small meeting room or a separate part of an internet meeting where a small group can discuss a particular issue before returning to the main meeting". Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi breakout room ialah ruang atau bilik perbincangan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan padanan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2021 |
Influencer merujuk kepada Pempengaruh. Bagaimana pula istilah bagi Key Opinion Leader (KOL). Penjelasan bagi KOL, opinion leader (KOL) is a trusted, well-respected influencer with proven experience and expertise in a particular field. In healthcare, these thought leaders could be physicians, hospital executives, health system directors, researchers, patient advocacy group members, and more. | Padanan bagi istilah Key Opinion Leaders (KOL) dalam bahasa Melayu ialah Pemimpin Pendapat Utama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.07.2024 |
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors." | Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2018 |