Saya ada soalan mengenai 'Turn on software'. Adakah releven kalau 'aktifkan' digunakan dalam ayat daripada 'hidupkan'. Apa yang saya faham 'aktifkan' bermaksud 'activate' dan jika 'turn on' atau 'enable' bermaksud 'hidupkan'. Mohon pencerahan dari segi penggunaan ayat dan maksud dalam sesuatu ayat. Terima Kasih. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Turn on software dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Turn on software supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 28.09.2017 |
Mohon nasihat pihak DBP tentang terjemahan perkataan "turn-on" untuk perkhidmatan atau seting. Manakah yang betul - hidupkan atau aktifkan? Contoh ayat: Hidupkan perkhidmatan navigasi atau Aktifkan perkhidmatan navigasi. Terima kasih. | Dalam konteks ayat yang diberikan, terjemahan yang betul untuk turn-on ialah hidupkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2017 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. (Any misuse will be subject to a fine) 4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti. (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka. (Turn handle to "2" and push door to open) 6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi. (If handle does not turn to "2", wait and then try again) Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2024 |
1. Ali turn( dari atau daripada) bas sekolah. | Saudara Sharon, Jawapan yang betul ialah 'Ali turun dari bas sekolah' | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan "sliming turn" exercise machine jika diubah kepada bahasa melayu dipanggil apa ye? | Untuk padanan dalam bahasa Melayu yang lebih tepat, sila lampirkan gambar dan fungsi alat tersebut. Terima kasih. | Makna | 16.04.2020 |
Salam sejahtera, Adakah "off the way" sesuai diterjemahkan kepada "setengah jalan" bagi ayat berikut? Contoh ayat: (Turn twist grip 1/4 of the way) Mohon bantuan pihak tuan/puan. Terima kasih DBP. | Frasa "off the way" tidak sesuai diterjemahkan kepada "setengah jalan". | Makna | 09.06.2019 |
saya ingin bertatanya | Soalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan padanan dalam bahasa Melayu bagi teks bahasa Inggeris, TURN TO OPEN? Cadangan padanan terjemahan ialah PUSING UNTUK BUKA | Lain-lain | 27.09.2021 |
Salam tuan, Saya ingin bertanya apakan padanan yang paling sesuai untuk menterjemah keterangan berikut: The blades are machined plates that turn, to move the rounds to the primary feeder. Keterangan ini adalah berkaitan dengan pemasangan dan pengisian peluru dalam mesin gun automatik. Terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan yang telah dibuat dari aspek penggunaan kata dan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Turndown' dalam konteks Pengemasan di Hotel (Housekeeping Services). Sekian , terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "turn-down service' ialah khidmat kemas malam. | Istilah | 22.06.2016 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan: - Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
- Pintu Dibuka (Door Unlocked)
- Buka Penutup (Open the Cover)
- Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
- Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
- Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
- Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
- Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)
Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2024 |