Salam tuan yang budiman,
Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Huruf condong juga digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 153 dan hlm. 156 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 820.
Sekian, terima kasih.
Thanks for clicking. That felt good.