Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj dalam + approp n: an ~ union, kesatuan dalam syarikat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata in-house

Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(33)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/ Puan. Apakah padanan terjemahan bagi 'house blessing ceremony?' Berikut merupakan maksud bagi istilah tersebut: House blessings (also known as house healings, house clearings, house cleansings and space clearing) are rites intended to protect the inhabitants of a house or apartment from misfortune, whether before moving into it or to "heal" it after an occurrence. Many religions have house blessings of one form or another. (sumber google) Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, tidak ada padanan dalam bahasa Melayu bagi rangkai kata house blessing ceremony. Sungguhpun begitu, pihak kami mencadangkan majlis kesyukuran rumah baharu.Penyemakan dan penterjemahan20.01.2019
Tuan/puan apakah istilah "In-house" dalam BM, sebagai adjektif. Contohnya, adakah "In-house experts" menjadi Pakar "in-house" ? terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah in-house ialah dalaman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.09.2023
Dalam ekonomi, istilah 'house flipping' diguna untuk merujuk kepada pembelian rumah, ubah suai dan kemudian menjualnya untuk keuntungan. Manakala pelakunya dipanggil 'house flipper'. Boleh saya tahu cadangan istilah untuk dua perkataan ini?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "house flipping" dan "house flipper". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.  Istilah23.03.2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan terjemahan bagi frasa "counting house" dalam bahasa Melayu. Definisi bagi frasa Counting House ialah: "A counting house, or counting room, was traditionally an office in which the financial books of a business were kept. It was also the place that the business received appointments and correspondence relating to demands for payment."Padanan bahasa Melayu bagi istilah counting house ialah pejabat stor. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.11.2023
EARTH HOUSE OF CAMERON HIGHLANDSEARTH HOUSE OF CAMERON HIGHLANDS
Mohon jelaskan soalan.
Lain-lain30.05.2013
Saya ingin bertanya tentang terjemahan bagi istilah "resident" dalam aspek perubatan yang merujuk kepada pelajar perubatan yang telah memperoleh ijazah kedoktoran dan sedang dalam latihan atau praktikal. Istilah ini tiada dalam PRPM untuk bidang perubatan. Adakah istilah ini diterjemah sebagai "residen" atau "doktor pelatih"?Istilah "house doctor/house officer" bersinonim dengan "resident doctor" dalam bidang perubatan. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan "resident doctor" diterjemahkan sebagai "doktor pelatih", iaitu doktor yang masih menjalani latihan praktikal (di hospital).Istilah17.12.2020
Saya ingin mengetahui apa istilah 'house husband' dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Terjemahan frasa house husband tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami akan merujuk hal ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dan jawapan/cadangan jawapan akan kami e-mel kepada saudara.Istilah27.06.2012
dalam bidang perisikan apakah terjemahan untuk "safe House". Terima kasihPadanan bagi perkataan "safe house" dalam bahasa Melayu belum ada. Pihak kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "rumah selamat"Makna22.11.2015
Saya ingin mengetahui apa istilah bagi 'house husband' dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "house husband" ialah ketua rumah tanggaMakna30.11.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali sebelum bengkel atau kursus diadakan pasti ada sesi 'house keeping'. Pertanyaan saya, adakah perkataan yang sesuai dlm bhs melayu yg boleh menggantikan sesi house keeping ini. Terima kasihWaalaikumussalam.

Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk perkataan yang dinyatakan, diminta pihak puan untuk menyatakan takrifan yang lebih terperinci tentang istilah housekeeping. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud untuk istilah housekeeping ialah pengurusan rumah (tangga).
Istilah02.01.2020
12345

Kembali ke atas