| Salam, dalam kamus Dewan perkataan "Inayat" bermaksud pertolongan Tuhan, namun lazimnya "inayah" yang digunakan dalam teks ayat. Jadi, pada pandangan tuan, yang manakah lebih tepat? | Bahasa Melayu mengambil perkataan inayat dengan ejaan yang sedemikian. Oleh itu, dalam teks bahasa Melayu ejaan inayat yang diterima pakai. Penggunaan perkataan inayah dalam teks terutamanya teks agama dipengaruhi oleh bahasa Arab kerana perkataan tersebut boleh menjadi inayat dan boleh menjadi inayat berdasarkan kedudukan/fungsinya dalam ayat. | Tatabahasa | 12.04.2012 |