Salam, saya ingin mencari terjemahan paling sesuai untuk: 1) Social Inclusion 2) Social Inclusion Commission Terima kasih | Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu untuk "social inclusion" dan "social inclusion commission". Sila berikan konsep istilah tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan yang sesuai. | Istilah | 10.08.2012 |
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih. | "Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2014 |
Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih. | Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. | Istilah | 08.10.2019 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah Bahasa Melayu bagi terma-terma ini: 'financial inclusion' , 'accessible', 'marketplace'. Terima kasih. | Sila beri contoh dalam ayat penuh supaya pihak kami dapat memberi terjemahan yang tepat. | Makna | 27.03.2019 |