| Salam Hormat, 1) Saya telah mengemukakan soalan mengenai "Insurance Cover Note" minggu lepas. Namun, saya berhasrat untuk mengetahui secara lebih lanjut kerana saya agak keliru dengan "Nota Lindung Insurans" dan "Nota Perlindungan Insurans". Mohon jasa baik penjelasan daripada pihak tuan dan contoh penggunaan ayat jika tidak keberatan. 2) Mohon bantuan untuk menterjamahkan ayat "Apologize for inconvenience" Ribuan terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, tidak terdapat huraian yang diberikan untuk "nota lindung insurans." Ayat "Apologize for inconvenience" boleh diterjemahkan kepada Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. | Istilah | 21.06.2016 |
| Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini? | Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. | Makna | 09.07.2020 |