salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas. | 1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka. 3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
maksud permulukan??? | muluk bermaksud indah-indah atau elok-elok, walau bagaimanpun kata terbitan permulukan tidak ada dalam pangkalan data kami. | Makna | 24.06.2011 |
apa perbezaan menghias, menghiaskan, menghiasi? | Menurut data kami, maksud perkataan menghias ialah menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain): Dia ~ biliknya dengan gambar dan kertas yang berwarna-warni, manakala maksud menghiaskan ialah mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pada bajunya; dan maksud perkataan menghiasi ialah menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yang berwarna-warni ~ ruangan itu | Makna | 13.02.2017 |
Apakah perbezaan penggunaan bagi "cantik" dan "indah"? Kereta yang indah boleh diterima atau tidak? Rumah yang indah? Adakah penggunaan "indah" pada objek yang lebih luas? | Cantik bermaksud sangat menarik apabila dipandang (berkenaan orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek). Indah bermaksud cantik, bagus benar, elok, molek, khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya). Berdasarkan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut, indah boleh digunakan bagi merujuk kereta dan rumah. | Makna | 31.10.2015 |
adakah " sungguh indah sekali" dan "paling indah sekali" juga diterima? | Sungguh indah sekali betul. Paling indah sekali salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 08.02.2010 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali? | Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian. | Tatabahasa | 18.02.2019 |
definisi melukis dan menulis | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; | Makna | 02.08.2010 |
maksud - menerawang | Menurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP. | Makna | 07.01.2007 |
Selamat sejahtera. Adakah kata penguat "nian" HANYA digunakan untuk kata adjektif indah iaitu INDAH NIAN? ATAU Kata penguat "nian" boleh digunakan untuk semua kata adjektif? Contohnya, bersih nian, cantik nian, sihat nian... Terima kasih | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya. | Tatabahasa | 19.03.2017 |
Penggunaan nama benda.pensel lukis atau pensel lukisan | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, lukis membawa maksud, 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar. Manakala, lukisan pula membawa maksud asil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal. Berdasarkan itu, penggunaan pensel lukis lebih tepat penggunaannya. Sekian, terima kasih.
| Makna | 12.07.2017 |