soalan saya,perkataan INDAH NIAN itu betul atau salah? contoh ayat. pemandangan sawah padi itu indah nian. | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian. | Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian. | Lain-lain | 16.11.2010 |
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih. | 1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian". 2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini. | Tatabahasa | 04.08.2011 |
kenapa frasa amat indah nian a dalah betul ? amat dan nian membawa maksud sangat. Bukankah kesalahan ini sama dengan paling indah sekali ? | Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh “sekali”. “Paling”, “ter-“ dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, “amat indah nian” adalah betul kerana “amat” ialah kata penguat bebas dan “ nian” ialah kata penguat belakang. “Paling indah sekali” adalah bentuk lewah, kerana . kedua-dua “paling” dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi, maka bentuk ini salah. | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Kata Penguat. Ada kata penguat depan dan belakang. Boleh tak dua kata penguat hadir dalam satu ayat yang sama seperti ayat di bawah ini. Pemandangan itu sugguh indah nian. Pelajar itu sangat pandai benar. Makanan itu sungguh sangat sedap. | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Kata penguat hanya digunakan sekali dalam satu ayat dan kedudukannya sama ada di hadapan, di belakang ataupun bebas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih | 1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. 2. Latihan bergayut pada tali. 3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 4. Sungguh indah nian pemandangan. 5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik. 6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini. 7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah. | Tatabahasa | 10.09.2012 |
Selamat sejahtera, Bagaimanakah penggunaan 'nian' dalam ayat? Bagaimana saya hendak menerangkan kpd anak murid saya jika hanya dgn memberi 2 cth iaitu indah nian dan cantik nian? Apakah perkataan lain selain indah dan cantik? Bolehkah gemuk nian atau sebarang kata adjektif digunakan bersama 'nian'?TQ | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. | Makna | 30.01.2008 |
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih | 1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang. 2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. | Lain-lain | 01.10.2009 |
Ayat-ayat ini betul? Ayat 1: Pemandangan di kampungnya amat indah nian. Ayat 2: Pemandangan di kampungnya begitu indah sekali. Ayat 3: Pemandangan di kampungnya amat indah sekali. | Ketiga-tiga ayat itu betul. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 14.12.2012 |
Saya ada terbaca dalam laman tuan mengenai penggunaan kata penguat nian yang boleh digunakan di hadapan kata adjektif cantik/indah. Adakah kata penguat ini relevan di hadapan kata adjektif nian. | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.07.2010 |