Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dém.ni.ti] | اينديمنيتي

Definisi : (indémniti) (Eko) pemulihan kpd mangsa kerugian melalui bayaran tunai, pembaikan atau penggantian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indemniti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk makluman, Jabatan Pertanian Malaysia sedang dalam proses semakan draf Rang Undang-Undang Akta 634(Pindaan) bersama Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara. Terdapat isu berbangkit berkenaan peruntukan seperti di bawah; "(2) The Board may reject any denomination of a plant variety which — (d) may mislead or cause confusion concerning the characteristics, value or identity of the plant variety" Mengikut fahaman ahli mesyuarat semasa sesi semakan tersebut, perkataan “mislead” boleh diterjemahkan sebagai “menggelirukan” dan terjemahannya akan sama dengan “confusing”. Sehubungan dengan itu, mohon panduan dan kerjasama Tuan/Puan untuk memberi pengesahan berkenaan perkataan "mislead” dan “value”, yang perlu disemak padannya dalam bahasa kebangsaan dalam konteks perundangan negara kita.Untuk makluman, berdasarkan penelitian dan rujukan terhadap dokumen Undang-Undang Jawatankuasa Indemniti Professional Badan Peguam Malaysia, penggunaan perkataan mislead atau confuse bersifat alternatif dan digunakan sebagai pilihan kata. Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan value ialah nilai, terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.12.2025

Kembali ke atas