Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dén] | ايندين

Definisi : Id paksi, poros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dén] | ايندين

Definisi : (indén) (Eko) pesanan pembelian barang secara rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dén] | ايندين

Definisi : (Cetak) ruang kosong pd baris pertama cetakan atau tulisan; menginden memulakan barisan teks beberapa kedudukan aksara ke dalam, dr jidar kiri atau kanan halaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inden


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tolong jelaskan penggunaan inden. Jika ada subtopik baru, adakah perlu inden atau tidak? Terima kasih.Inden pada subtopik boleh digunakan. Penggunaan inden ini bergantung pada keselarasan penulisan sesebuah buku.Lain-lain15.03.2025
Perenggan pertama dalam karangan perlu mulakan dengan menulis ke dalam sikit ke (inden)?Dalam penulisan esei, artikel dan sebagainya, perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi).Lain-lain22.05.2025
Bagaimanakah cara menulis perenggan, adakah perlu dimasukkan ke dalam sedikit (tab), atau tidak? terima kasih.

Dalam penulisan esei, artikel dan sebagainya, perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi).

Lain-lain02.02.2011
Saya ingin tanya tentang format karangan. Perlukah setiap perenggan pertama dalam setiap karangan dikehendaki 'selang masuk' sebelum mula menulis. Terdapat perbezaan antara pihak DBP dengan syarikat buku yang lain, dan ini telah menimbulkan kekeliruan pelajar dan guru. Diharapkan tuan dapat memberikan pertunjukan selanjutnya. Sekian, terima kasih.Tidak ada format atau istilah "selang masuk" dalam pangkalan data kami. Jika inden yang tuan maksudkan penggunaannya dalam penulisan adalah seperti yang berikut: perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi).Tatabahasa28.04.2013
Assalamualaikum. 1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sepadan dengan istilah-istilah IT yang berikut: - Wrap text - Justify text - Strikethrough text - Bullet list - Increase/Decrease Indent - Undo - Align Left/Right/Center - Placeholder text - Slug (cth ayat: Slugs can only include letters, numbers, dashes and underscores) 2. Betulkah penggunaan "hingga" dalam ayat ini: "Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail." Terima kasih.1. Padanan istilah bahasa Melayu bagi wrap text ialah lelilit teks dan undo ialah buat asal, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah justify text ialah laras teks, strikethrough text ialah lorek atas teks, bullet list ialah senarai tanda peluru, increase indent ialah tambah inden, decrease indent ialah kurang inden, align left ialah jajar kiri, align right ialah jajar kanan, align center ialah jajar tengah, placeholder text ialah teks sandaran dan slug ialah slug. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.


2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), kata sendi nama 'hingga' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Berdasarkan ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama 'hingga' adalah tepat. 

Walau bagaimanapun, berikut ialah cadangan ayat yang lebih gramatis: ""Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail sahaja." atau "Anda hanya boleh memilih maksimum 12 fail."





















Lain-lain28.12.2025
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012

Kembali ke atas