| Independent smallholders shall demonstrate customary rights to their landholdings . | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
| Independent smallholders shall demonstrate customary rights to their landholdings | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
| indie (independent) | bebas | Lain-lain | 06.05.2009 |
| mohon cadangan bagi penggunaan istilah "Successive Independent Samples Design" dalam Bahasa Melayu. Contoh penggunaannya: In the successive independent samples design, different samples of respondents from the population complete the survey over a time period | Cadangan kami ialah reka bentuk sampel bebas. Walau bagaimanapun padanan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konsep sebenar dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2017 |
| Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih | 1. independent living - hidup berdikari 2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja. 3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja. | Istilah | 01.07.2011 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Independent, Non-Executive Director? | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan Independent Non-Executive Director ialah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2020 |
| Apakah terjemahan bagi 'independent power producer'. Lazimnya dalam sektor tenaga, istilah 'pengeluar tenaga bebas' digunakan, namun tidak tepat kerana energy/tenaga tidak dapat dijana/dimusnahkan (First Law of Thermodynamics). Istilah Bahasa Inggeris adalah 'power' iaitu kuasa, yang boleh dijana dan dimusnahkan. | Pihak kami mencadangkan "independent power producer" diterjemahkan sebagai "penjana kuasa bebas" atau "pengeluar tenaga bebas", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2020 |
| Tuan / Puan, Apakah translasi bahasa Melayu bagi perkataan Inggeris berikut: i) Independent State of Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir (Nama) Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i) Independent State of Papua New Guinea - Negara Merdeka Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir - Gabenor Jeneral Sir | Makna | 18.08.2023 |
| adakah terjemahan saya betul untuk teks berikut: Independent smallholders shall demonstrate customary rights to their landholdings Pekebun kecil persendirian hendaklah menunjukkan hak adat ke atas tanah mereka. | Kami tidak pasti sama ada terjemahan ini adalah betul kerana pihak kami tidak jelas tentang konsep dan konteks ayat tersebut. Sekiranya ayat ini berkaitan dengan bidang undang-undang, terjemahannya perlu disahkan oleh orang yang arif dalam bidang tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
| Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam. | Makna | 21.04.2019 |