| Bolehkah 'indigestion' diterjemahkan kepada 'ketakcernaan' dan 'ketakhadaman' (atau 'ketidakhadaman')? Tk. | padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah ketakcernaan. | Istilah | 20.03.2009 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang pertanyaan oleh saudara/i pada 20.03.2009 berkenaan perkataan "indigestion" (yang jawapan bagi pertanyaan tersebut adlh seperti berikut: "padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah ketakcernaan"). Adakah terjemahannya hanya terhad kepada "ketakcernaan" sahaja ataupun perkataan "indigestion" ini juga boleh diterjemahkan kepada "ketidakhadaman"? Daripada laman web kementerian kesihatan bahkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat didapati bahawa penggunaan perkataan "ketidakhadaman" juga wujud. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ketakcernaan dan ketidakhadaman membawa maksud yang sama. Oleh itu perkataan ini boleh diterima pakai. | Istilah | 13.09.2009 |