Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj /sangat, amat/ diperlukan: a very efficient secretary, she is ~ to the company, sbg setiausaha yg sangat cekap, dia amat diperlukan oleh syarikat itu; in our line, computers are ~, dlm bidang kami, komputer sangat diperlukan; no one is ~, tdk ada seorang pun yg begitu diperlukan be not ~, tidaklah begitu diperlukan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indispensable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin khidmat DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia untuk keratan di bawah : (1) Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individualit y while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. (2) As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. Terima kasih.Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan06.03.2017
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami.Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami.
Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017

Kembali ke atas