Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.du/] | ايندوق

Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.du/] | ايندوق

Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul penggunaan pada Papan Kenyataan?; 1. Sudut Induk EKSA 2. Sudut EKSA Induk Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keadaan. Sudut Induk EKSA merujuk kepada sudut yang induk manakala Sudut EKSA Induk pula merujuk kepada sudut eksa yang induk.Makna27.06.2019
apakah maksud induk?Induk bermasud ibu, emak, yang utama dan yang besar.Makna21.12.2012
Salam, Boleh berikan terjemahan yg paling sesuai bagi " master list of material: 1- senarai bahan induk atau 2-senarai induk bahan Terima kasihCadangan kami master list of material diterjemahkan kepada senarai bahan induk.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2020
Apakah perbezaan jawatankuasa induk dengan jawatankuasa kerja ? Sila berikan contoh yang sesuai. Terima kasih. Menurut Kamus Dewan jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil. Jawatankuasa kerja pula merujuk kepada jawatankuasa yang berada dibawah jawatankuasa induk dan ia boleh dibentuk untuk membantu tugas-tugas sesebuah organisasi.
Lain-lain02.09.2015
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat.Istilah18.05.2016
Bagaimana kita mahu membezakan bahasa melayu dan bahasa indonesia?
Secara genealogi, bahasa Melayu ialah bahasa "induk" kepada bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia, bahasa rumpun Austronesia. Sebagai milik masyarakat, bahasa Melayu induk ini kian berkembang dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara yang berjiran ini, sesuai dengan konteks budaya masyarakatnya. Maka tidak hairan jika kedua-dua bahasa itu setakat hari ini menghala ke arah yang berbeza. Secara umumnya, perkembangan leksikologi Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan leksikologi; ada aspek yang menunjukkan persamaan dan ada yang menunjukkan perbezaan dalam perbendaharaan katanya. Persamaan terjadi kerana kedua-dua bahasa itu secara genealogi adalah berasal daripada induk yang sama, sedangkan perbezaan itu terjadi kerana kedua-duanya secara geografi berada dalam lingkungan budaya yang berbeza, dan secara reseptif menerima pengaruh daripada sumber yang berbeza. (1) Ciri Perbezaan Dari Segi Sumber Pengaruh:

Bahasa Indonesia: Pengaruh Belanda yang kuat, pengaruh bahasa Jawa yang signifikan (kerana populasi Jawa yang dominan), pengaruh bahasa daerah di Indonesia yang pelbagai.

Bahasa Melayu di Malaysia: Pengaruh Inggeris yang kuat - dari zaman penjajahan British, pengaruh bahasa Cina dan Tamil (dari komuniti multietnik di Malaysia), pengaruh bahasa Arab (melalui amalan/penghayatan agama Islam sebagai agama rasmi).  (2) Ciri Perbezaan Dari Segi Linguistik, termasuklah perbezaan istilah:

              semula jadi (Malaysia)  |   alamiah (Indonesia)
              pejabat (
Malaysia)        |  kantor (Indonesia)
              juruwang (
Malaysia)      |  kasir (Indonesia)

Lain-lain25.07.2025
Apakah maksud fail timbul?Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file.    Lain-lain18.11.2008
Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih.Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrioniksel tunjang embrionik atau sel induk embrionik.Istilah17.06.2013
Saya ingin membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa DBP, tetapi permohonan saya tidak di luluskan disebabkan oleh perkataan masterbatch. Boleh saya tahu apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan masterbatch (kelompok induk bagi masterbatch)Terjemahan masterbatch ialah kelompok induk.Penyemakan dan penterjemahan14.04.2016
Assalamualaikum tuan, saya ada beberapa soalan di bawah induk yang sama. 1. Adakah frasa "Hal ini dikatakan demikian kerana" yang diolah dengan menukar kata kerja yang hadir sebelum kata adverba demikian, dikira salah. Contohnya, "Hal ini diujarkan demikian kerana", "Hal ini diutarakan demikian kerana", "Hal ini diungkapkan demikian kerana." 2. Jika betul, adakah frasa ini relevan digunakan dalam penulisan di peringkat sekolah sama ada sebagai penanda wacana atau selainnya. Terima kasih atas respons.

Pengolahan ayat boleh menggunakan variasi penggunaan penanda wacana bergantung pada kesesuaian makna dan konteks sesuatu ayat.

"Hal ini diutarakan demikian”,"Hal ini diungkapkan demikian” dan "Hal ini diujarkan demikian” boleh juga dianggap sebagai penanda wacana yang fungsinya sebagai penghubung musabab yang merupakan sebab berlakunya sesuatu.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 527.

Tatabahasa13.11.2025
123456789

Kembali ke atas