Terjemahan Eco Industrial Design Center dalam Bahasa Melayu | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Reka Bentuk Ekoperindustrian | Istilah | 26.02.2013 |
Apakah terjemahan bahasa Melayu bagi 'Industrial Hygiene'? Adakah terjemahannya ialah 'Industri Higien'? | Istilah bahasa Melayu untuk "industrial hygiene" ialah amalan kesihatan industri. | Istilah | 05.01.2017 |
"Corporate Industrial Services and Employment Center" "Pusat Perkhidmatan Korporat Industri dan Pekerjaan" Mohon kerjasama pihak tuan untk semak terjemahan ke dalam bahasa Melayu tersebut sama ada tepat atau tidak. Sekian. Terima kasih | Terjemahan bagi Corporate Industrial Services and Employment Center ialah Pusat Perkhidmatan Industri Korporat dan Pekerjaan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
Terjemahan bagi tujuan pengiklanan dalam bahasa Malaysia bagi: 1) Retail Pack 2) Industrial Pack | Terjemahan untuk Retail Pack ialah Pek Runcit manakala Industrial Pack ialah Pek Perusahaan. | Istilah | 22.05.2014 |
Boleh saya tahu penterjemahan terbaik untuk ayat tersebut dalam Bahasa Melayu? 1. Premier Industrial Lots 2. Next To The Port | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah premier industrial lots ialah lot perindustrian utama dan cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah next to the port ialah bersebelahan dengan pelabuhan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2023 |
Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ? | Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.02.2023 |
TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan. | (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan. (4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2017 |
PIPEMECH SDN. BHD. LUCSTAR SDN. BHD. NO.100, JALAN KAPAR 27/89, MEGAH INDAH INDUSTRIAL, TAMAN ALAM MEGAH, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. | Salam sejahtera, Tuan, Sila kemukakan soalan dengan jelas. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 24.07.2019 |
Assalamualakum. Apakah terjemahan ayat berikut dalam bahasa melayu. - internet of things - International Organization for Standardization - fourth industrial revolution Terima Kasih | 1. Internet of things - Internet Benda 2. Cadangan kami: Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa 3. Cadangan kami: Revolusi Perindustrian Keempat | Istilah | 30.04.2018 |