Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.for.mal] | اينفورمل

Definisi : tidak formal, tidak mengikut cara dsb yg sudah menjadi kebiasaan atau yg sudah ditetapkan: mesej yg disampaikan kpd pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis memaksa para pembaca menerima mesej tadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata informal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Assalamualaikum. Tuan, agensi kami iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dipertanggungjawabkan menyediakan standard (panduan) untuk kursus pengajian yang dikendalikan di IPT. Dalam penulisan standard ini, terdapat perkataan daripada bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan iaitu formal, informal dan nonformal. Bagi tujuan terjemahan kepada bahasa Malaysia, adakah boleh pihak MQA menggunakan terus perkataan tersebut atau perlu juga diterjemahkan dengan sempurna kepada bahasa Malaysia? Pihak kami mohon pandangan pihak DBP dalam perkara ini. Terima kasih.

Saudara Norafizah,

Untuk makluman saudara adalah lebih baik perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa perkataan tersebut boleh diterjemahkan dan terdapat padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu rasmi, tidak rasmi dan bukan rasmi. 

Lain-lain11.08.2009
Apakah istilah bahasa melayu untuk 'angel investor'?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "angel investor". Walau bagaimanapun, istilah ini mempunyai maksud yang sama dengan "business angel" dan "informal investor". Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelabur tidak formal.Istilah06.05.2012

Kembali ke atas